Thursday, December 22, 2011

UMNO memang hebat!!!!!

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menyelar pihak tertentu dalam parti itu yang cepat melatah dengan menuduh tindakan beliau menyuarakan pandangan berbeza dari pucuk pimpinan sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

Sambil menyifatkan tuduhan tersebut terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran serta langsung tidak berasas, Nasharuddin berkata, sepanjang pembabitannya dalam Pas, belum pernah beliau mengungkap kenyataan akan menyertai UMNO sebagaimana ditafsir oleh pihak-pihak tersebut.

“Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar. Saya tidak mempunyai niat sebesar zarah pun untuk menyertai UMNO.

“Dakwaan kononnya saya terperangkap dalam agenda musuh politik Pas iaitu UMNO adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan tidak berasas. Malah, belum pernah saya ungkap mahu menyertai UMNO,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini mendakwa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin yang mengkritik perjalanan sistem parti itu sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

Ia kemudian diikuti dengan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bahawa parti tersebut tidak akan menghalang mana-mana pemimpin Pas untuk menyertai UMNO, malah yakin perjuangan parti itu tetap teguh walaupun pemimpin berkenaan meninggalkan parti.

Dalam pada itu, Nasharuddin berharap, penjelasan beliau kali ini memadai untuk menghentikan segala tuduhan oleh pihak tertentu yang mempersoalkan kesetiaannya kepada Pas.

Menyentuh mengenai pelbagai tohmahan yang diterimanya, bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, ia sebahagian daripada hakikat perjalanan hidup yang terpaksa diharungi oleh seorang pendakwah sepertinya, dalam usaha memartabatkan Islam.

“Saya menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan di pentas politik nasional pasti mengundang 1,001 macam cabaran dan dugaan. Saya akur sepenuhnya dengan jalan dakwah yang saya lalui ketika ini malah ia telah lebih awal disusuri oleh para nabi, sahabat dan ulama,” katanya.

MM : Mengapa UMNO yang disalahkan? Nampaknya pemimpin PAS takut pada bayang-bayang sendiri. Setiap kali pertelagahan berlaku dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat, mereka akan terus menuding jari kepada UMNO. Kawan berpendapat, UMNO ini memang parti HEBAT. Duduk diam-diam pun orang takut, belum lagi dia mengaum. Kepada Hasan dan Nasa, nampaknya pengorbanan mu selama ini tidak dihargai langsung. Pemimpin-pemimpin PAS sudah dicucuk hidungnya. Mereka tidak kisah jika Agama tergadai asalkan mereka dapat duduk di kerusi empuk Putrajaya.

Tuesday, December 20, 2011

PRU13 : SPR guna dakwat kekal...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, semalam.

MM : Agak-agaknya apa modal pembangkang lagi..??

RM400j bantu syarikat bas..

RM400j bantu syarikat bas
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan kerajaan meluluskan dana RM400 juta bagi membantu syarikat bas henti-henti yang menghadapi masalah kewangan meneruskan operasi.

MM : Begitulah perihatinnya PM kita kepada rakyat seperti slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

Biadap dan kurang ajar!!!!!!!

TANJUNG MALIM 19 Dis. - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengambil tindakan tegas terhadap seorang pelajarnya yang didakwa biadab menurunkan dan menggantikan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi kelmarin.

MM : Kawan harap pihak UPSI mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pelajar tersebut. Pada pendapat kawan, orang seperti ini tidak layak duduk di UPSI dan pihak Universiti serta negara tidak rugi membuang pelajar ini. Kawan juga berharap jangan ada sesiapa yang mempolitikkan isu ini. Pelajar itu tidak berhak melakukan perkara sedemikian kerana PM kita telah dipilih secara demokrasi.

Nuar patut sahut cabaran Tun M...Berani ke Nuar????

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Datuk Seri Anwar Ibrahim harus menyahut cabaran Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bersumpah jika mahu membuktikan dirinya berada di pihak yang benar.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya memberi pelbagai alasan kerana ia hanya membuktikan Anwar membuat dakwaan tidak benar dan berasas.

"Kalau apa yang didakwa Anwar adalah benar dan mengikut fahaman saya, sebagai seorang muslim yang sejati, kalau bersumpah bermakna ia suatu perkara yang serius, maka bersumpahlah.

"Apa yang dia nak takut. Dia seharusnya menerima cabaran daripada Dr. Mahathir. Kalau dia benar, sumpahlah.

"(Tetapi) saya dapati dia tak berani dan (kalau tak berani) maka dia tidak benar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

MM : Ramai yang dah bersumpah, termasuklah PM kita, tapi Nuar sekali pun tak berani bersumpah. Kawan rasa dia ni betul-betul bersalah, itu lah sebabnya dia tak berani bersumpah, ditambah lagi dengan sokongan 'ustaz-ustaz' dalam parti yang dikatakan Islam. Kalau Islam dipolitikkan, kawan rasa tak perlulah nak mendabik dada.

Friday, December 9, 2011

Taliban, PASA, gay dan Sexuality Merdeka 2011...

JANGAN tiru Taliban. Itu nasihat bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Beliau mengulas tindak tanduk Dewan Pemuda Pas Pahang, yang kerana terlalu ekstrem, membantah konsert Greaters Hits Tour penyanyi Elton John di Genting Highlands, 22 November ini.

Asri sebaliknya mencadangkan Pemuda Pas atau orang-orang Pas supaya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal - bukan tiru Taliban!

Benarkah Pas selama ini meniru cara Taliban? Itu kena tanya ustaz Asrilah. Beliau yang lebih mengetahui. Itu pasal Pas asyik berfikir nak menghukum orang sahaja.

Tapi tak apalah, itukan parti yang berada dalam pakatan DAP dan PKR. Walaupun tidur sebantal dan mimpi lain-lain, itu tak menjadi hal, asalkan mereka dapat merampas negara Malaysia yang aman dan makmur ini.

Tapi sayang seribu kali sayang, protes Pemuda Pas ini berpilih-pilih. Semasa konsert World Stage di i-City Shah Alam tempoh hari semua orang menikus. Pas, melalui Pemudanya yang gagah itu senyap menyepi. Tiada bantahan pun.

Mengapa, adakah kerana i-City berada dalam Selangor dan negeri Selangor dalam kekuasaan DAP? Mengapa, apabila isu cubaan murtad di sebuah gereja di Damansara juga anda semua menyepi sehingga pula sanggup menghalalkan cara?

Adakah kerana Pemuda Pas Selangor lebih matang, sederhana dan praktikal daripada Pemuda Pas Pahang? Atau mereka menikus kerana takut dengan DAP?

Itulah yang kita bengang. Cara protes pun sudah ada unsur politik. Lepas itu mereka ini akan masuk-keluar kampung menjaja mengatakan negeri Pahang, negeri PM itu, penuh dengan maksiat.

Saya juga hendak tanya bila masa pula mereka beria-ia menentang amalan gay. Jenuh orang berkata mengenai kegiatan gay sebelum ini, mereka juga menyepi dan menikus. Malah soal liwat dipertahankan habis-habisan dalam ceramah berhubung bab empat saksi.

Pas nampaknya bermain politik atas sentimen dan perasaan semata-mata. Jika sentimen yang dimainkan itu berjaya menaikkan semangat kebencian orang ramai terhadap pemerintah atau pihak-pihak tertentu, maka mereka akan puas dan menyifatkannya sebagai satu kemenangan.

KPI mereka sebenarnya diukur melalui cara itu. Bukan cara yang membina dan konstruktif bagi menjana pemikiran muaasir umat Islam.

Berbalik kepada penyanyi Elton John, beliau mempunyai peminat jutaan manusia seluruh dunia. Lagipun inikan negara demokrasi siapa yang mahu menonton silakan, jika merasakan itu maksiat, tinggalkan.

Saya sarankan jika Pas terlalu antikan masyarakat gay, maka lancarkan satu kempen khusus untuk membawa balik golongan ini ke pangkal jalan.

Di Malaysia sendiri pun ramai golongan gay atau homoseksual atau lelaki yang sukakan lelaki ini. Kes liwat di mahkamah pun sudah semakin banyak. Ada satu kes di Baling tidak lama dulu ada ustaz meliwat anak murid di sebuah sekolah maahad.

Nampaknya naluri orang Melayu Islam terhadap seks songsang atau masuk dari belakang ini pun sudah semakin banyak.

Saya cabar Pas pergilah tunjuk perasaan habis-habisan di hadapan pelancaran Sexuality Merdeka 2011 pada 9 November ini oleh tokoh pujaan mereka Datuk Ambiga.

Program ini akan mempromosikan budaya Lesbian, Bisexual, Gay, Transgender dan Intersex. Ia mendapat sokongan Amnesty International dan Bar Council. Lihat www.seksualitimerdeka.org/.

Untuk pengetahuan puak-puak Pas, rakan-rakan anda ini sedang mempromosikan budaya liberalisme dan pluralisme di negara ini.

Jangan bersikap hipokrit, pergi tentang puak ini habis-habisan.

Lakukanlah kerja dakwah ke atas golongan gay dan homoseksual ini secara meluas untuk memujuk mereka kembali ke pangkal jalan dan bukan secara menghukum.

Melayu Islam di rantau ini bersopan santun orangnya. Kita bukan macam Taliban. Kita juga bukan macam sesetengah orang Arab, yang membiarkan mayat sesama Islam reput macam bangkai anjing. Itukah Islam yang kita mahukan?

MM : PAS makin celaru. Sekejap boleh, sekejap tidak. Kalau melibatkan kerajaan, mereka hentam habis-habisan tapi kalau terkena ke batang hidung sendiri, mereka diam menikus habis-habisan.

PAS kena main lagi.....

Pas Selangor tidak akan tunduk

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com

SHAH ALAM 8 Dis. - Pas Selangor menyifatkan cadangan DAP yang berkemungkinan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti sebagai satu langkah yang tidak wajar.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya tidak akan tunduk kepada tuntutan itu kerana langkah tersebut masih belum dapat diterima oleh masyarakat selain ia bukan satu jaminan DAP akan memperoleh kemenangan dalam PRU13.

Beliau yang mengakui bahawa cadangan DAP tersebut ada dibincangkan dalam mesyuarat bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun pihaknya beranggapan ia sukar dilaksanakan dan memerlukan masa.

‘‘DAP (letakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu) kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum tetapi langkah ini memerlukan masa.

‘‘Namun, kita rasa langkah ini tidak wajar dan kita tidak tunduk kepada tuntutan DAP,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam ketika di minta mengulas mengenai artikel dalam ruangan Cuit yang ditulis oleh Datuk Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia yang menganggap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali sebagai faktor penyelamat kepada perpaduan dan penyatuan orang Melayu, Khalid berkata, ia adalah pandangan peribadi penulis.


MM : DAP nampaknya dah kemaruk kuasa. Tak puas dengan kerusi yang ada, kini DAP mahu pula meletakkan BONEKA bagi memenuhi nafsu politik mereka. Agak-agaknya apa komen TGNA? TIDUR SEBANTAL, MIMPI LAIN-LAIN....

Pas gagal?

KOTA BHARU 8 Dis. - Pengakuan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Abdul Fatah Harun bahawa kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid daripada wang sendiri sejak mentadbir lebih 20 tahun lepas, bukti keupayaan sebenar parti itu.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian berkata, kerajaan Pas Kelantan tidak mampu memenuhi aspirasi rakyat termasuk dalam soal mengangkat kedudukan agama Islam yang digembar-gemburkan sebagai perjuangan parti pembangkang itu.

Beliau berkata, pengakuan Abdul Fatah itu juga bukti bahawa tiada perubahan besar yang dilakukan oleh Pas di Kelantan, sebaliknya hanya retorik dengan slogan Membangun Bersama Islam.

Justeru katanya, rakyat Kelantan perlu benar-benar sedar dan menilai sendiri pengakuan wakil rakyat Pas itu bahawa parti berkenaan tidak mampu memenuhi aspirasi mereka.

"Kita berterima kasih kerana beliau membuat pengakuan tersebut kerana sebelum ini Kerajaan Pas Kelantan sering berdolak-dalik apabila diminta menyenaraikan pelaksanaan program terhadap Islam yang telah dibuat di negeri ini.

"Mandat rakyat yang diberi selama ini telah disia-siakan, misalnya dalam isu masalah air yang hanya akan diselesaikan dalam tempoh lebih 17 tahun lagi. Jika dalam tempoh lebih 20 tahun hanya sebuah masjid yang dibangunkan oleh Pas, apatah lagi soal pembangunan umat, golongan belia yang pasti tidak dapat dilaksanakan mereka.

"Maka, rakyat kena menilai semula kenapa mereka perlu lagi memilih Pas yang mengaku tidak mampu membawa kemajuan. Rakyat perlu buat perubahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.


MM : Rupa-rupanya PAS hanya gah pada nama sahaja, CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!!!!!

Wednesday, November 23, 2011

95% kanak-kanak Kelantan rosak gigi?

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Hampir keseluruhan kanak-kanak di Kelantan yang berumur bawah enam tahun mengalami masalah pereputan gigi atau gigi berlubang akibat air di negeri itu tidak dibekalkan dengan kandungan fluorida yang mencukupi.

Laporan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menyebut, pada tahun 2007, 95.3 peratus kanak-kanak di negeri itu yang berumur di bawah enam tahun menghadapi masalah gigi berlubang. Pada tahun itu, penduduk mendapat air berfluorida adalah 18.1 peratus.

Bayangkan apa yang berlaku selepas ini. Ini kerana peratusan penduduk yang mendapat air berfluorida menurun hampir setiap tahun dan tahun lalu hanya hanya 14.1 peratus.

MM : Harap kerajaan negeri buat lah sesuatu. Jangan hanya pandai berceramah ke hulu ke hilir, mengutuk dan memaki hamun Kerajaan BN sedangkan rakyat di negeri sendiri diabaikan. Dan jangan menjadikan isu ini isu politik.

Tuesday, November 22, 2011

DAULATNYA LAGU 'NEGARAKU'....

Salam....Tahniah kepada skuad Harimau Muda. Sang Garuda di baham Harimau. Bermulanya Sukan SEA hingga semalam, setiap kali berkumandangnya lagu 'NEGARAKU', penyokong tuanrumah akan mengejek, menghina dan menyorak lagu tersebut. Lagu kebangsaan sesebuah negara adalah maruah kepada negara dan rakyat. Akibat ego,sombong, bongkak, rakyat Indon menghina lagu 'NEGARAKU' dan akhirnya, disaksikan oleh beratus juta rakyatnya dan berpuluh juta rakyat MALAYSIA, pasukan bolasepak mereka tersungkur dibaham 'HARIMAU MALAYA'. Rasa kawan, tidak pernah terfikir oleh anak-anak muda skuad Harimau Muda akan menaiki kereta perisai Barracuda, tetapi itu lah yang terpaksa mereka lalui di sana. Walauapapun, kawan dan seluruh rakyat MALAYSIA kagum dengan semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh skuad Harimau Muda. Mereka sedikitpun tidak gentar dengan sorakan dan ejekkan dari lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno malah mereka menjadikan sorakan dan ejekkan tersebut sebagai pembakar semangat untuk memalukan skuad garuda. Tahniah Skuad Harimau Muda..Kami rakyat Malaysia berbangga dengan mu.... Dan, itulah Daulatnya lagu 'NEGARAKU'...

Pembangkang dinasihat hentikan manipulasi KR1M...

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Pembangkang dinasihatkan supaya tidak terus memainkan isu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) untuk memburuk-burukkan kerajaan hanya bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Datuk Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata, tujuan pembangkang memanipulasi isu itu menunjukkan bahawa mereka bimbang usaha kerajaan membantu rakyat itu telah berjaya.

"Isu ini sengaja dicetuskan dan mempunyai agenda politik. Sebenarnya ia berjaya membantu mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

"Kita seharusnya menyokong usaha kerajaan untuk membantu rakyat dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasad dengki untuk menghasut rakyat membenci kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan demi dakwaan yang dibuat pembangkang bahawa harga dan kualiti produk kedai itu tidak seperti yang digambarkan.

Raja Wan Mahmood mahu kewujudan kedai itu diteruskan selaras dengan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat.

"Inilah bukti kerajaan membantu rakyat dan bukannya bercakap kosong seperti pembangkang. Usaha ini adalah perlu bagi memastikan rakyat menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan," jelasnya.

MM : Sebenarnya pembangkang sudah mula takut bahawa rakyat terutamanya di bandar-bandar sudah mula menyedari bahawa kerajaan pada hari ini tidak mengabaikan kebajikan seluruh rakyat. Apa yang dilakukan oleh kerajaan BN adalah mengotakan janji-janji yang dibuat kepada rakyat, tidak seperti pembangkang yang hanya pandai berjanji semasa pilihanraya tetapi apabila berkuasa, semuanya hanya tinggal janji.

Saturday, November 19, 2011

Jika benar fitnah, saman!!!!!!!

NFC wajar ambil tindakan jika difitnah
KUALA LUMPUR 18 Nov. - Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd. Rafizi Ramli jika dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berunsur fitnah.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hasan Syed Ali berkata, begitu juga penjelasan yang dikeluarkan oleh Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail yang boleh dinilai oleh pelbagai pihak mengikut tafsiran masing-masing.

"Adakah ia salah laku di pihak pengurusan atau ia adalah perkara biasa dilakukan oleh semua syarikat untuk mengambil kesempatan membuat untung sementara.

"Isu seorang pemimpin berkait dalam NFC adalah disebabkan keluarganya terlibat secara langsung sebenarnya tidak ada masalah jika projek itu berjaya.

"Siapa sahaja yang memerintah sudah pasti ada keluarga terbabit dalam perniagaan dan mereka juga berhak mendapat bantuan melainkan ada salah guna kuasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas isu NFC yang didakwa pembangkang tidak terurus serta gagal mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan.

Syed Hasan berkata, Perkasa percaya kerajaan akan bertindak terhadap mana-mana pemimpin yang merosakkan kewibawaannya seperti mana tindakan ke atas beberapa pemimpin sebelum ini.

MM : Jika benar Rafizi Ramli membuat fitnah, ambil tindakan segera, saman. Jangan beri muka kepada mereka-mereka yang cuba setiap masa menabur fitnah ke atas kerajaan. Kawan tengok banyak benar fitnah dan cerita yang direka-reka oleh pembangkang untuk mengaburi mata rakyat unutk menunjukkan betapa teruknya kerajaan yang ada dan apabila bukti yang diberikan oleh kerajaan dan ternyata cerita yang dibawa oleh pembangkang itu adalah rekaan,mereka terus senyap. Yang menghairankan kawan, puak-puak penyokong pembangkang yang dikatakan cerdik-cerdik belaka menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka walaupun ternyata ianya adalah fitnah. Betul-betul mereka ni BUTA HATI!!!!

BERTINDAK TERHADAP ANWAR!!!!

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kerajaan didesak bertindak segera menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada terus menaburkan fitnah terhadap pemerintah dan pasukan keselamatan negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, sekiranya kerajaan terus berlengah pastinya fitnah tersebut akan berleluasa dan memusnahkan kesejahteraan Malaysia.

"Anwar sudah berkali-kali cuba memecah-belahkan rakyat terutama dalam kalangan orang Melayu, menjadikan beliau ancaman kepada negara dan rakyat.

"Justeru, pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar kerana sengaja cetuskan keresahan rakyat dan ketegangan dalam masyarakat," katanya pada Majlis Anugerah cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Anwar kelmarin mendakwa UMNO berniat jahat mengaibkan Ketua Pembangkang itu dan keluarga berhubung skandal video seks pada 22 Mac lalu.

MM : Kawan sokong apa yang dikatakan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras ini. Sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Anwar kerana beliau sering menuduh kerajaan terutamanya UMNO walaupun tanpa bukti yang kukuh. Beliau jugalah satu-satunya manusia yang sering memburukkan kerajaan di luar negara. Harap kerajaan bertindak segera sebelum terlambat....

Thursday, November 3, 2011

Pelik Kerajaan Selangor tidak tahu taja Muay Thai RM5 Juta

Petikan dari Sinar Harian
– Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mempersoalkan tindakan Kerajaan Selangor ‘lepas tangan’ dan menuding jari kepada kementeriannya dalam isu kehadiran petinju Israel, Ilya Grad dalam kejohanan Pencabar Muay Thai baru-baru ini.

Menurutnya, Kerajaan Selangor di bawah agensi pelancongan negeri, jelas menaja rancangan TV sebanyak RM5 juta tetapi pelik, bagaimana mereka mengatakan tidak tahu.

Katanya lagi, beliau tidak mempertikaikan penajaan tersebut, malah menggalakkan mana-mana kerajaan negeri dan syarikat swasta menaja aktiviti sukan, namun tidak bersetuju kesalahan ini hanya dituju kepada kementerian.

“Saya ada bukti Kerajaan Negeri menaja rancangan ini RM5 juta, malah logo agensi pelancongan negeri Selangor ada dalam setiap episod.

“Apa yang pelik mereka boleh berkata tidak tahu, sepatutnya jabatan audit datang menyiasat kerana jumlah ini adalah besar,” katanya di lobi Parlimen semalam.

Mengulas mengenai dakwaan petinju Israel tersebut yang mengatakan dia masuk ke negara ini atas sokongan Menteri Belia dan Sukan, Shabery menegaskan beliau hanya berkata tiada halangan sekiranya semua peraturan dipenuhi.

“Seperti pasukan Chel­sea di mana ada seorang pemain Israel, kita tidak boleh menghalang beliau seorang atau keseluruhan pasukan, jadi ada pengecualian sesetengah kes,” katanya.

MM : Kalau kerajaan negeri tidak tahu apa yang berlaku dalam negeri sendiri, lebih baik letak jawatan. Kenapa perlu mencari kesalahan orang lain, cermin diri sendiri dahulu.

Seksualiti Merdeka : dakwa Ambiga!!!!!!!

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mendesak pihak berkuasa khususnya Jabatan Peguam Negara supaya mengambil tindakan mendakwa Datuk S. Ambiga kerana sikapnya yang semakin melampau apabila menyokong program Seksualiti Merdeka 2011.

Ketua Wiranya, Irwan Fahmi Ideris berkata, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu perlu dikenakan tindakan tegas kerana telah melakukan banyak perkara yang boleh memecah-belahkan perpaduan dan mengugat ketenteraman awam.

"Pihak Peguam Negara perlu mendakwa Ambiga jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah selesai membuat siasatan. Sudah lebih 100 hari dia terlibat menganjurkan perhimpunan haram Bersih, Ambiga masih lagi bebas.

"Ambiga cuba membangkitkan kemarahan orang ramai khususnya kaum Melayu.

"Tindakan Ambiga ini sudah melampau apabila menyokong pula hubungan sejenis dan seks bebas yang jelas bertentangan dengan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Negara sebagai agama rasmi Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum bantahan terhadap Program Seksualiti Merdeka 2011 anjuran kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu kepada Ketua Polis Negara (KPN) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Memorandum itu diterima oleh Penolong Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf yang mewakili Tan Sri Ismail Omar.

Program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam hingga 13 November ini akan dirasmikan oleh Ambiga malam ini.

Ia dipromosikan melalui laman web www.seksualitimerdeka.org yang kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari ini ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Menurut Irwan Fahmi, memorandum bantahan diserahkan hari ini meminta PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas dengan membatalkan semua permit yang telah dan sedang diproses bagi menghalang aktiviti program itu.

"Dengan membenarkan program ini berlangsung, secara tidak langsung Malaysia telah bersedia menerima golongan rakyat yang berfikiran bahawa hubungan sejenis adalah hak asasi mereka, sedangkan perbuatan seks luar tabii adalah dilarang bukan sahaja oleh agama Islam, malah agama-agama lain di negara ini," ujarnya.

Sementara itu, Ramli ketika ditemui memberitahu, beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada KPN untuk menentukan tindakan lanjut yang akan diambil.

MM : Kebal sangat ke Ambiga ni? Kawan tengok banyak benar perkara yang dilakukan oleh dia yang melanggar undang-undang tapi hingga kini ia masih bebas. Rakyat menunggu apa tindakan KDN.

Wednesday, November 2, 2011

Jumlah pemjawat awam terjejas jika pakatan menang

KUALA LUMPUR: CUEPACS bimbang jumlah kakitangan awam akan dikurangkan jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang berikutan tindakan DAP mempersoalkan pelbagai kelebihan yang diberikan kerajaan kepada mereka. Timbalan Presidennya, Azih Muda, berkata DAP tidak seharusnya mempertikaikan kenaikan gaji dan pencen diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 bulan lalu kerana ia dibuat berdasarkan kenaikan kos sara hidup di negara ini. “Jika itulah penilaian pembangkang kepada kakitangan awam, ia memberi gambaran tidak baik kepada kita pada masa depan.

“Kita tidak harus hanya melihat kepada pertambahan pendapatan seseorang, tetapi perlu diukur dari segi kos sara hidup yang perlu seiring dengan tahap kehidupan di Malaysia yang sedang ke arah negara berpendapatan tinggi,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua yang mempersoalkan langkah kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam antara tujuh dan 13 peratus, selain pelarasan kenaikan tahunan pencen bagi pesara kerajaan sebanyak dua peratus.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, langkah itu meningkatkan perbelanjaan sektor awam sebanyak 73.7 peratus dalam tempoh lima tahun dan tidak menggambarkan kerajaan serta perkhidmatan awam yang lebih efisyen atau menjimatkan kos.
Azih juga berkata, jika pembangkang berpendapat kakitangan awam tidak layak mendapat kenaikan gaji, CUEPACS bimbang generasi muda tidak akan berminat untuk berkhidmat dalam kerajaan.

“Kita sedia untuk berkhidmat kerana yakin kerajaan sedia ada sentiasa menjaga kebajikan dan melindungi rakyat menerusi pelbagai faedah yang diberikan kepada kami,” katanya.

MM : Jika benar apa yang dibimbangi oleh CUEPACS ini, maka amat malang bagi penjawat awam yang selama ini menyokong pembangkang. Tapi apa pun, kita tunggu apa komen penjawat awam yang mati-mati menyokong pembangkang selama ini yang mana kawan rasa majoritinya adalah orang MELAYU........

Tuesday, October 25, 2011

Berani kerana benar.....

Muhyiddin kesal kenyataannya diputar-belit media alternatif- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan beliau berhubung isu dakwaan beberapa blog bahawa anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabul kehormatan seorang gadis berumur 16 tahun, telah diputar-belit oleh beberapa media alternatif.

Muhyiddin berkata, beliau tidak berniat untuk mengheret hal-hal berkaitan keluarga dan anak Guan Eng ke dalam kancah politik sebaliknya hanya menyarankan bahawa pihak berkenaan membuat laporan polis bagi menamatkan segala tohmahan berhubung isu itu.

"Sebenarnya saya tak nak campur dalam urusan seperti itu dan saya sedar banyak penulisan di dalam blog. Untuk heret isu keluarga dan anak dalam kancah politik itu bukan tujuan saya. Tetapi ia sudah diputar-belitkan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat hari ini.

Muhyiddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan oleh Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Barat) yang bertanya sama ada Timbalan Perdana Menteri bersedia menarik semula kenyataan berhubung isu melibatkan anak Guan Eng itu yang dibuatnya sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri kelmarin menyarankan supaya Guan Eng supaya membuat laporan polis berhubung dakwaan beberapa pihak terhadap anaknya itu dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Kenyataan Muhyiddin itu kemudian mendapat reaksi daripada pemimpin pembangkang yang menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai mempunyai makna tersirat.

Muhyiddin berkata, beliau sendiri tidak menerima laporan berhubung kejadian itu daripada sekolah berkenaan sebelum ini memandangkan beliau tidak bertanya kepada sekolah itu mengenai insiden tersebut.

"Saya tahu dalam semua media alternatif banyak (kenyataan) ditokok tambah sehingga dikaitkan dengan hal lain yang tidak ada kena mengena. Saya tidak kata dia (anak Guan Eng) bersalah. Saya tidak ada masalah tetapi masyarakat membuat penilaian lain. Kalau tidak ada, apa yang YB Ipoh Barat bimbangkan," katanya.

MM : Benar kata TPM, apa perlu takut jika anak LGE tidak bersalah, biar polis menjalankan siasatan dan menghukum mereka yang di katakan cuba menfitnah keluarga beliau.

Wednesday, September 28, 2011

Bertindak segera sebelum nasi menjadi bubur!!!!!!

Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?

Oleh Zaini Hassan

APABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini?

Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya? Namun saya tetap berdoa agar maklumat ini salah.

Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

Tapi sebagai penulis, itulah risiko yang harus dihadapi.

Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya.

Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata.

Jika benar, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya. Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa.

Sama ada ia berlaku secara kebetulan atau satu plot terancang tidak pula saya tahu. Jika benar, ternyatalah sistem imunisasi kerajaan ini lemah sehingga gagal untuk menentang elemen-elemen itu.

Seperti yang saya kata tadi, jika saya salah, maka saya bersyukur kerana ia tidak berlaku. Tetapi jika ia berlaku, maka sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

Dalam konteks kerajaan Malaysia kini, adalah sesuatu yang lazim dan biasa jika ada penjawatnya yang bersimpati dengan pihak-pihak musuh atau yang bertentangan dengan dasar yang dijunjung oleh organisasi itu. Malah ada juga kakitangan kerajaan yang secara terang-terangan menentang kerajaan atau bersikap anti kerajaan.

Bagi saya, itu masih lagi boleh diterima, tapi macam mana pula jika orang-orang yang berada di dalam sesebuah organisasi itu menjadi operator dan penggerak kepada musuh itu? Jika benar berlaku, maka ia adalah sesuatu yang luar biasa dan amat mendukacitakan.

Dalam peperangan saraf di Malaysia sekarang, tidak mustahil operator itu wujud, lagipun Anwar Ibrahim bukan calang-calang orang untuk menempatkan mereka di situ. Orang-orangnya masih ada dalam sistem, terutamanya di peringkat atasan.

Mungkin juga masih berlaku infiltrasi atau penyusupan masuk orang-orang ini untuk menjadi musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, bagai menggunting dalam lipatan?

Ternyata bahasa Melayu cukup agung untuk menggambarkan apa yang cuba disampaikan di sini. Sekali lagi saya mahu nyatakan benarkah wujud elemen-elemen itu? Saya berharap ia tidak berlaku.

Apa akan terjadi sekiranya benar? Apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika ia benar-benar berlaku?

Apakah kita sedar bahawa ada antara badan strategik itu kini tiba-tiba menjadi tidak bermaya setelah ‘kehadiran’ elemen-elemen itu?

Maklumat itu memberitahu: ‘‘Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi: ‘‘Inilah kemenangan Anwar Ibrahim yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang-orang Anwar secara perlahan. Permohonan membawa masuk pegawai baru masih di peringkat JPA dan SPA.”

Saya tidak mahu menulis panjang lebar mengenai hal ini. Biarlah pihak berkenaan akhirnya sedar mengenai fenomena ini. Biarlah mereka yang mengambil tindakan, itupun jika mereka mampu melakukannya.

Elemen-elemen yang ada itu, jika benar, harus dihapuskan. Mereka harus dibersihkan daripada sistem kerajaan semasa, dalam sistem strategik negara dan politik.

Menurut maklumat itu lagi: ‘‘Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk Gaddafi. Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!''

Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ‘‘...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

MM : Sebenarnya mereka ada di mana-mana. Kawan harap, bersihkan segera mereka-mereka ini dari sistem kerajaan. Kita tidak mahu negara ini menjadi seperti Mesir, Libya dan negara-negara lain yang telah tumbang angkara tangan-tangan ghaib dan pengkhianat-pengkhianat yang tamakkan kuasa..

Tuesday, September 20, 2011

MALAYSIA DALAM ZON BAHAYA....

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Malaysia akan berada dalam 'zon bahaya' sekali gus menjadi sebuah negara tidak beridentiti sekiranya rakyat memberi mandat kepada pembangkang untuk memerintah negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia berikutan kenyataan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menegaskan pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Jelasnya, dengan kenyataan itu, maka tidak hairan selepas dibenarkan memerintah, mereka akan bertindak menukar lagu Negaraku termasuk merobohkan Parlimen kerana dikatakan mirip Barisan Nasional (BN).

''Saya rasa pemikiran Manoharan masih terjajah. Dalam keadaan kerajaan serius melakukan transformasi politik, mereka masih dengan perangai lama untuk sengaja menimbulkan huru-hara dalam negara.

''Pemikiran sebegini cukup bahaya apabila semua perkara mahu diubah. Sehubungan itu rakyat yang mahukan keamanan dan mempertahankan kemerdekaan perlu menolak pemimpin seperti ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas kenyataan Manoharan menerusi laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini dan didedahkan oleh portal berita terbaru, www.mole.my semalam yang menegaskan pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika menang pilihan raya umum akan datang.

Secara jelas, Manoharan menulis kenyataan menerusi status dalam laman berkenaan yang berbunyi: I distributed many DAP flags today in my constituency. I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. (Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan pengundian saya. Saya menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti BN berbanding Malaysia).

Bertambah biadab, Manoharan mengeluarkan pula komentar di bawahnya seperti berikut: "Copycat...AMERICA. America Syarikat atau Syarikat America. Inipun Bahasa Malaysia tak betul. LOL. Bendera Amerika Syarikat ditiru!."

Pendapat Mohd. Puad itu disokong Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang menyifatkan DAP sudah ketandusan isu sehingga sehingga terpaksa membangkitkan usul untuk menukar Jalur Gemilang semata-mata mahu mengalih perhatian rakyat terhadap perkara lebih penting berkaitan pembangunan negara.

Katanya, panji-panji negara telah lama berkibar di negara luar malah misi keamanan negara tidak pernah disalah anggap sebagai pasukan dari AS.

''Saya menyeru semua pihak tidak melayan cadangan gila DAP itu kerana saya yakin peluang untuk pembangkang memerintah negara ini semakin tipis,'' katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berkata, setiap perkara yang menjadi lambang negara tidak boleh dipolitikkan kerana ia telah ditetapkan dan dipersetujui sejak merdeka.

''Ini merupakan satu pandangan berbahaya dan boleh memecah-belahkan rakyat sekali gus menggambarkan kecetekan fikiran mereka apabila tidak memahami aspirasi negara yang telah dilambangkan melalui Jalur Gemilang,'' katanya.

Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu pula berkata, kenyataan biadab pemimpin DAP itu merupakan pendekatan pembangkang untuk mencetuskan kontroversi demi meraih publisiti murahan.

Oleh itu, katanya, semua pihak diminta tidak terperangkap dengan permainan politik mereka yang digambarkan tidak matang dan tidak bertanggungjawab.

''Pemimpin pembangkang lain seperti Pas dan PKR diminta mengeluarkan pendirian segera berhubung kenyataan ADUN DAP itu atau menjadikannya sebagai satu manifesto pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang,'' katanya.

MM : Pembangkang dalam keadaan terdesak. Selepas mat sabun meracau, kini adun kota alam shah pula merapu. Nampaknya mereka sudah cuba untuk meracuni pemikiran rakyat terutamanya golongan muda yang kurang pengetahuan Sejarah Tanahair. Pemesongan sejarah yang cuba dilakukan oleh mereka benar-benar menyedihkan. Layakkah mereka ini duduk di negara Merdeka ini?

Monday, August 29, 2011

PAS makin celaru......

Che Rosli sedia dikenakan tindakan

SHAH ALAM- Ahli Parlimen Pas dari Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat sedia berdepan tindakan disiplin oleh Pas Pusat sekiranya kenyataan beliau berhubung projek pembinaan loji nadir oleh Kumpulan Lynas di Gebeng, Pahang yang disiarkan dalam Buletin Utama TV3, baru-baru ini dianggap satu kesalahan dan melanggar perlembagaan parti itu.

Che Rosli berkata, beliau diminta memberi keterangan kepada Pas Pusat mengenai perkara itu selepas Aidilfitri ini.

“Saya diminta pihak berkenaan untuk beri penjelasan dan saya mengambil peluang ini untuk jelaskan perkara sebenar tentang isu ini.

“Selepas itu terpulang kepada mereka sekiranya mahu mengenakan tindakan disiplin ke atas saya atau tidak. Saya tiada masalah dan terima seadanya,” katanya ketika dihubungi Sinar harian, semalam.

MM : Salahkah Ahli Parlimen Hulu Langat menyatakan pandangan beliau tentang isu Lynas? Beliau bercakap sebagai seorang pakar saintis nuklear dan pada pendapatnya apa yang di perkatakan adalah benar.Dan beliau pun tahu bahawa Menteri Besar Pahang tidak berbohong. Adakah parti PAS bukan sebuah parti demokrasi sehingga ahli-ahlinya di larang bercakap walaupun benar? Nampaknya beliau sudah muak dengan fuziah salleh yang hanya pandai bercakap tetapi bodoh dalam serbaserbi. Dan nampaknya seorang lagi YB PAS (selepas hasan ali) akan di pinggirkan oleh ulama-ulama yang gila kuasa. Alangkah seronoknya jika ada pemimpin muda seperti Ketua Pemuda PAS yang menyokong hasan ali dan che rosli menempelak pula lebai-lebai yang menyokong kerajaan pulau pinang yang melarang pembesar suara digunakan sewaktu AL_QURAN dibaca sebelum solat subuh. Tapi, siapa yang berani melawan nik ajis????

Wednesday, August 17, 2011

Akhirnya........

Setelah 3 tahun berlalu, akhirnya kes liwat Nuar akan mula dibicarakan Isnin depan. Banyak kes-kes liwat, zina yang kemudian dari kes liwat ini telah dijatuhkan hukuman kepada pelakunya tetapi kes ini? Istimewa sangatkah Nuar ini? Kawan doa-doa Nuar tidak tiba-tiba jatuh sakit, maklumlah, orang lama. Diharap doktor-doktor peribadi beliau sentiasa di sampingnya agar ia tidak jatuh sakit tiba-tiba kerana rakyat sudah lama menunggu saat yang dinanti-nantikan ini. Kepada pengawal peribadinya pula, pastikan katilnya dipasang penghadang agar ia tidak jatuh dan terkehel lehernya ketika tidur. Jika ini berlaku lagi, tentunya UMNO akan dipersalahkan lagi dan bertahunlah lagi kita terpaksa menunggu ianya dibicarakan. Kepada Nuar, jika tidak bersalah, apa yang nak ditakutkan, bersihkan nama, tentu dapat menjadi PM nanti.

Tuesday, August 9, 2011

Keseorangan....

Sekali lagi Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor ditempelak oleh kawan-kawan yang sebumbung dengannya kerana mempertahankan tindakan JAIS menyerbu sebuah gereja yang disyaki cuba untuk memurtadkan orang Islam sehingga beliau merajuk dan menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan yang beliau sandang sekarang.
Apabila timbul cerita ini, kawan teringat kepada TBH, beliau dibiarkan bersendirian menghadapi tuduhan rasuah sehingga beliau tertekan lalu membunuh diri (keputusan oleh Suruhanjaya Diraja yang mana pembangkang telah mendesak kerajaan menubuhkannya tetapi dipertikaikan keputusan siasatan tersebut). Tapi kawan tidaklah pula cakap Exco ini akan bunuh diri tapi ini menunjukkan betapa ahli-ahli politik PAS hanya mementingkan diri sendiri dan periuk nasi mereka sahaja. Nampaknya PAS hanya gah pada namanya sahaja, kononnya ingin menubuhkan negara Islam, tapi bila kapal singh cakap 'langkah mayatnya dulu jika mahu tubuhkan negara Islam', puak-puak PAS terus menikus. Begitu jugalah bila timbul kes arak, mereka terus membisu apabila hanya seorang cina DAP bercakap mempertikaikan kewajaran rampasan tersebut. Pada masa itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam itu juga yang bersuara, dan seperti biasa, dia keseorangan, tanpa teman-teman PASnya. Dan, yang paling kawan terkejut, orang yang paling dihormati dalam parti PAS, nik ajis telah menyatakan bahawa musuh sedang memerangkap mereka(Parti PAS). "(Tetapi) Saya minta jangan mudah melenting sesama sendiri kerana musuh perangkap kita. Kalau kita apa-apapun (cakap banyak) dia akan perangkap. Semata-mata bergesel sesama sendiri sudah mujur bagi dia. Sebab itu saya minta jagalah perkara ini. Saya tidak mahu campur,". Petikan dari Sinarharian pahang isnin 8 ogos 2011.
Kawan rasa, dah tiba masanya,Exco ni, jika tidak mahu bercerai dengan partinya pun, pikir-pikirkan lah kerjasama mereka dengan parti DAP itu.

Tentunya yang untung dalam isu ini adalah orang bukan Islam.

Terimakasih PM!!!!!

Bonus raya kakitangan awam.
* Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

MM : Kawan ucapkan terimakasih kepada YAB Dato Seri Najib kerana mendengar denyut nadi rakyat. Bonus yang diberikan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban rakyat untuk menghadapi Aidilfitri nanti. Tentunya setengah-setengah pihak pening kepala kerana rupa-rupanya dari dulu hingga kini kerajaan yang ada telah memikirkan kebajikan rakyat. Kawan rasa tak perlulah mereka mewar-warkan untuk menjadikan negara ini 'Negara Kebajikan' lagi kerana kerajaan yang ada kini tidak mencanangkan kepada satu dunia untuk membuat kebajikan tetapi akan melakukannya dengan ikhlas. Sekali lagi, TERIMAKASIH PM!!!!!!

Wednesday, July 6, 2011

Akur atau terpaksa????

Penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini bersetuju untuk membatalkan demonstrasi jalanan dan menerima tawaran kerajaan mengadakannya di sebuah stadium yang belum ditetapkan lagi lokasinya, Sabtu ini.

Persetujuan itu dicapai selepas Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini bersetuju untuk membatalkan demonstrasi jalanan dan menerima tawaran kerajaan mengadakannya di sebuah stadium yang belum ditetapkan lagi lokasinya, Sabtu ini.

MM: biarpun perhimpunan haram itu di batalkan, kawan harap pihak Polis tetap meneruskan siasatan terhadap penganjur berkaitan dari mana mereka mendapatkan dana bagi membiayai perhimpunan tersebut. Pada pendapat kawan ada 2 sebab, selain dari titah perintah YDPAgong, nampaknya penganjur telah mula takut dan cuba untuk menutup kesalahan yang telah mereka lakukan, setelah pihak berkuasa sudah mula menyiasat dari mana pihak penganjur memperoleh dana yang dikatakan disalur dari negara asing dan hinggalah perhimpunan itu dikaitkan dengan komunis. Jika benar ideologi komunis cuba dihidupkan semula, kawan rasa kerajaan tahu apa nak buat. Rakyat menunggu hasil siasatan.......

Tuesday, July 5, 2011

KURANG AJAR!!!!!!!!!!!

BIADAP dan KURANG AJAR. Itu yang sesuai kepada blogger yang berani menghina dan memperlekehkan titah Sultan Pahang, Sultan yang perihatin dengan rakyat di bawah naungannya. Tolong jawap wahai pembangkang sekalian!!!! Di mana kamu tika Raja kamu di hina sebegini rupa? Dan kepada blogger yang kurang ajar itu, tunjukkan muka jika benar kamu seorang yang berani... Jangan menjadi pengecut seperti Nuar, yang cuba membuat onar dan kini melepaskan segalanya kepada orang-orang di bawah menanggung segala kecaman.....Jangan cakap ianya perhimpunan bersih tetapi sebaliknya ia adalah sejijik-jijik perhimpunan di muka bumi ini, orang-orang yang tidak dapat menerima kenyataan kekalahan di pihak mereka, menjadikan demonstrasi untuk menumbangkan kerajaan...... KERAJAAN, BERTINDAKLAH!!!!!!!!

Thursday, May 19, 2011

AMK cuba semarakkan politik jalanan...

UNTUK kali keduanya dalam tempoh tidak sampai sebulan, kita melihat gelagat yang memualkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang dipimpin oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Jika pada 29 April lalu mereka mencemarkan kesucian Masjid Amru Al-As di Sentul, pada Isnin lalu pula, Mahkamah Tinggi Jenayah di Shah Alam pula menjadi 'mangsa'.

Segala-galanya kerana ketaksuban dan tindakan melampau untuk mempertahankan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isnin lalu, Anwar diperintah membela diri atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd.Saiful Bahari Azlan dan sebelum itu didakwa sebagai pelaku dalam rakaman video seks mirip seorang pemimpin pembangkang.

Mungkin kerana 'dilahirkan' di jalanan maka sikap mereka juga tidak ubah seperti samseng jalanan. Mereka bertindak apa sahaja semata-mata untuk mempertahankan Anwar.

AMK yang diketuai seolah-olah 'pendek akal' dalam berpolitik, bagi mereka apa juga isu harus diselesaikan dengan cara berkumpul dan berdemonstrasi.

Semua itu hakikatnya hanya tindakan kelompok yang semakin tersempit dan tertekan berikutan pelbagai kemelut yang melanda PKR.

Kononnya demi untuk menunjukkan kesetiaan kepada Anwar, AMK turun ke jalanan, mencemarkan kesucian masjid dan menimbulkan huru-hara di pekarangan mahkamah.

Ia seolah-olah tidak ada institusi yang akan mereka hormati seandainya berlaku sesuatu peristiwa yang tidak menyebelahi politik mereka.

Sikap AMK yang terus bertindak bagaikan 'samseng jalanan' ini tidak harus dibiarkan dan perlu membuka mata rakyat, demikianlah corak politik yang dilahirkan oleh PKR sejak tahun 1998.

Selama ini, mereka kononnya memperjuangkan kebenaran, keadilan dan ketelusan tetapi apabila soal-soal tersebut tidak mendatangkan keuntungan kepada PKR maka terpekik terlolonglah mereka membantahnya.

Ternyata sekali politik kebencian, ketaksuban dan kemarahan sentiasa sahaja menyelimuti AMK dan PKR.

Tetapi percayalah apa pun mereka lakukan ialah tidak akan mengubah kedudukan PKR yang bagaikan kapal yang semakin bocor dan menanti masa untuk karam.

Ia berlaku bukan kerana orang lain tetapi kerana pemimpin-pemimpinnya sendiri termasuklah kepimpinan AMK.

MM: Anak Muda Kehausan (AMK), seperti juga DSAI, kehausan dalam serbaserbi.

Demi Islam....

Beberapa individu berhasrat mengatur pertemuan tertutup antara Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pertemuan itu untuk membincangkan isu berkaitan kepentingan umat Islam yang menjadi perbualan hangat masakini.

Individu itu menyatakan demikian di dalam surat yang dihantar kepada Harussani, hari ini.

Menurutnya, pihaknya merasakan sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.

Ini, katanya ekoran acap kali pertembungan terbuka antara Mufti Perak itu dengan Nik Abdul Aziz dipaparkan melalui media, terutama dalam melibatkan isu-isu agama.

Tambahnya, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka.

“Kami juga yakin Datuk Nik Abdul Aziz akan bersedia menerima jemputan bagi tujuan tersebut supaya tiada lagi persengkataan terbuka dan masing-masing akan terus dapat memberikan tumpuan pada agenda memartabatkan Islam di dalam ruang lingkup tugas yang diamanahkan,” ujarnya di dalam surat itu.

Sehubungan, ujarnya, mereka juga memohon agar mufti itu dapat memberikan tarikh-tarikh yang sesuai dan pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada pihak Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagi tujuan tersebut.

Wednesday, May 4, 2011

PAS makin tak percaya Anwar?

Pucuk pimpinan Pas Kelantan kecuali Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dipercayai semakin yakin bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan trio ‘Datuk T’ adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mendakwa, pendirian Pas negeri itu disuarakan sendiri oleh beberapa pemimpin kanan Pas Kelantan kepadanya.

Dakwa Wan Khairul lagi, hakikat tersebut juga dapat dilihat apabila Anwar sendiri tidak mendapat sambutan hangat daripada pemimpin Pas Kelantan semasa beliau mengunjungi Nik Abdul Aziz di Kota Bharu, beberapa hari lalu.

Pada masa sama, katanya, Anwar juga sewaktu berkunjung ke Kelantan hanya berceramah di kawasan yang majoritinya penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bukannya di kubu kuat Pas seperti kebiasaan.

“Saya boleh katakan di sini bahawa semakin ramai pemimpin Pas Kelantan meragui penafian Anwar bahawa dia tidak terlibat dalam video seks. Rata-rata mereka percaya Anwar terbabit dalam video itu sebagaimana didakwa.

“Namun atas pertimbangan politik mereka ini terpaksa mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga keputusan mengenai siapa pelaku dalam video seks didedahkan pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Khairul berkata, cabaran exco Kelantan, Datuk Husam Musa supaya Datuk Shazryl Eskay Abdullah menjalani poligraf juga sebenarnya bersifat serampang dua mata yang bertujuan memerangkap Anwar.

Katanya, ini kerana sebagai ahli politik berpengalaman, Husam sebenarnya sudah dapat membaca bahawa Shazryl Eskay tidak takut untuk menjalani ujian tersebut, memandangkan sumpah laknat pun ahli perniagaan itu berani laksanakan.

Dalam pada itu, Wan Khairul mencabar Anwar supaya membawa kes rakaman video seks tersebut ke mahkamah syariah dengan segera jika benar beliau yakin dirinya tidak bersalah dan sengaja difitnah oleh Shazryl Eskay.

“Anwar tidak perlu menyalahkan orang lain. Bukti yang ada sekarang sebenarnya semakin tidak berpihak kepada dia. Jika dia yakin tuduhan ini satu fitnah segera failkan kes ini ke mahkamah syariah memandangkan untuk bersumpah pun dia takut,’’ tegasnya.

MM: kepada ahli-ahli PAS, perkara ini bukan main-main. Jika benar pelaku tersebut adalah pemimpin yang dikatakan "Anugerah Tuhan" itu, dan masih mahu mempertahankannya, apakah sebenarnya perjuangan ahli-ahli PAS ini? Harapan kawan, buatlah sembahyang hajat untuk meminta petunjuk moga-moga Allah akan memberi petunjuk.

Siapa Pengkhianat Islam?

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.

Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.

Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud “Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah”.

“Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,’’ katanya lagi.

MM: kawan harap mereka yang dimaksudkan oleh Mufti Perlis ini akan mengambil iktibar agar penyatuan umat Islam di negara ini dapat dilakukan. Apakah kita mahu umat Islam berpecah di negara ini? Jangan lah kerana politik, kita lupa akan pesan Rasulullah SAW.

Thursday, April 7, 2011

Tubuhkan segera Suruhanjaya Diraja.

Kawan harap kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes video seks yang dikatakan pelakonnya adalah salah seorang orang kanan pembangkang. Kawan hairan, kalau benar 'beliau' tidak terlibat dalam video tersebut, mengapa perlu takut suruhanjaya tersebut ditubuhkan. Jika benar dia bukan 'pelakonnya',dan didapati tidak bersalah oleh suruhanjaya tersebut nanti, itu adalah satu kelebihan bagi 'beliau'. Ada sekutunya terutamanya dari parti PAS, menafikan bahawa itu bukannya 'beliau', tetapi orang yang seiras dengannya, termasuklah isteri dan anaknya, kawan nak tanya, mereka dah tengok ke video tu? Kini jam Omega pula jadi isu. Wahai Wan Azizah, kalau benar jam Omega yang dipakai oleh suami Datin Seri ada dalam simpanan, tunjuk kan lah, susah sangat ke? Kawan rasa, kalau jam tersebut di tunjukkan kapada wartawan, habis satu bab, tiada siapa pun nak tanya hal tu lagi. Walau apa pun, kawan harap kerajaan akan meneruskan penubuhan suruhanjaya tersebut bagi mencari kebenaran.

Beri mandat kepada BN- Harapan TPM.

Barisan Nasional (BN) meminta rakyat Sarawak memberi mandat baru kepada parti itu dengan majoriti undi lebih besar bagi membolehkan urusan pembangunan dilaksanakan dengan lancar untuk tempoh lima tahun akan datang.

Mengakui cabaran pilihan raya ke-10 ini agak sengit dengan kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan, Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun yakin rakyat negeri itu akan membuat penilaian yang bijaksana berdasarkan rekod cemerlang BN selama ini.

Tegasnya, BN menawarkan satu peluang terbaik kepada pengundi untuk meneruskan kesinambungan janji kerajaan negeri memacu kemajuan negeri ke tahap lebih baik.

"Kalau tidak guna simbol dacing, itu adalah calon di luar BN sedangkan yang mendapat sokongan pucuk pimpinan untuk bertanding ialah yang 100 peratus calon-calon BN.

"Oleh itu, saya meminta rakyat supaya tidak mudah percaya dengan mereka (calon-calon pembangkang yang terdesak dan tidak sepatutnya bertanding sebab tidak ada kekuatan tersendiri).

"Jangan juga percaya dengan tipu helah mereka kononnya tidak menang negeri (pun) tidak mengapa, asalkan menang moral sebab ini bukan soalnya tetapi jelas bukti nyata untuk kita membangun dan memacu pembangunan pesat negeri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Mukah di sini hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin mengiringi calon N51 Balingian yang juga Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyerahkan borang pencalonan mempertahankan kerusi itu di Dewan Suarah Mesra Mukah.

Abdul Taib dicabar oleh calon PKR, Suriati Abdullah, 50, dan calon bebas, Datuk Salleh Jafaruddin, 67, yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran.

Muhyiddin berkata, pilihan raya Sarawak kali ini menyaksikan semua kerusi ditandingi berbanding dua kerusi dimenangi tanpa bertanding oleh BN pada 2006 membuktikan sistem amalan demokrasi yang segar di Malaysia.

"Ada pertandingan satu lawan satu dan tiga penjuru, ini bermakna sesiapa sahaja berhak sama ada parti atau secara peribadi untuk bertanding. Ia juga memberikan kesempatan kepada rakyat Sarawak untuk memilih mana-mana parti yang mampu berperanan menggalas tugas besar untuk rakyat," katanya.

Tegas Muhyiddin, keserabutan yang dialami pembangkang dengan pertindihan calon-calon mereka yang berlawan sesama sendiri untuk berdepan dengan BN tidak sesekali menggentarkan parti pemerintah itu.

"Kita juga tidak sesekali memandang rendah cabaran pembangkang dengan semua jentera BN sudah diletakkan dalam keadaan bersedia bekerja keras untuk mengembalikan semula mandat rakyat," katanya.

MM : Kawan harap rakyat Sarawak tidak tersalah pilih pada pilihanraya ke 10 kali ini. Nampaknya pembangkang kemaruk sangat nak menang terutamanya Parti PKR hingga sanggup meletakkan calon mereka walaupun di tempat itu telahpun ada parti pembangkang lain yang bertanding. Mereka meletakkan calon mereka walaupun mereka tahu mereka tidak ada peluang langsung untuk menang. Kawan harap Sarawak adalah tempat untuk menguburkan Pakatan Pembangkang pada 16 April ini. Kita tunggu dan lihat

Tuesday, February 22, 2011

Debaran menunggu di Kerdau....

Petang ini, jam 4.30, TPM akan mengumumkan calon BN bagi Dun Kerdau. Nasihat kwn, walau siapa pun nama yang akan diumumkan nanti, diharapkan ahli-ahli BN akan menerimanya dengan hati terbuka. PM tahu apa yang beliau buat. Diharapkan tiada iri hati dikalangan ahli-ahli semua. Bekerjalah bersama-sama bagi memastikan kerusi tersebut terus dipegang oleh BN. Tunjukkan kepada pembangkang bahawa gabungan kita adalah yang terbaik. Selamat berkempen....