Wednesday, December 3, 2014

BENARKAH KERAJAAN P.PINANG TIDAK IKHLAS SALUR PERUNTUKAN.....??????

Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid menyifatkan keputusan kerajaan negeri menyalurkan peruntukan tahunan kepada semua Adun BN itu sebagai tidak ikhlas.

Beliau berkata tawaran itu juga bukan satu bentuk pendamaian tetapi untuk kepentingan politik agar rakyat memandang rendah kepada Adun BN.

"...jika betul ikhlas dan adil hendaklah  diberi jumlah yang sama kepada semua. Ini sekadar melepas batuk di tepi tangga dan seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dilapor berkata kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan RM40,000 setahun kepada setiap Adun BN di negeri itu untuk tujuan pembangunan kecil, bermula tahun depan.

Lim juga dilapor berkata beliau mahu Adun BN menyertai mesyuarat kerajaan negeri kerana bimbang Adun pembangkang terbabit tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Mengulas lanjut, Jahara yang juga Adun Teluk Air Tawar berkata semua Adun BN mahu peruntukan itu disalur terus kepada pejabat daerah di kawasan mereka.

Ini katanya, bagi membuktikan Adun BN tidak seperti yang didakwa oleh Lim bahawa mereka mengamalkan perbelanjaan tidak bersih selain menggunakan peruntukan untuk kepentingan peribadi.

"Ini satu tuduhan tanpa bukti yang melulu dan amat serius bertujuan   menimbulkan persepsi negatif rakyat di Pulau Pinang terhadap semua Adun BN.

Tuduhan ini juga berniat jahat dan mempunyai unsur menghasut serta memutar belit fakta supaya rakyat mempercayai perkara yang sama sekali tidak benar," katanya.

Beliau berkata, selama ini segala peruntukan kerajaan persekutuan yang disalurkan kepada Adun BN diberi menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan dikeluarkan mengikut SOP sedia ada yang telus.

"Tidak ada sebarang peruntukan yang disalurkan terus kepada Adun-Adun BN secara peribadi dan kerajaan negeri baru nak buat garis panduan, kenapa perlu buat SOP untuk Adun-Adun BN?" katanya. - Bernama

Monday, December 1, 2014

PasMa dakwa PAS ganggu program mereka pulak dah, buat laporan @PDRMsia

Laporan polis dibuat Ketua PasMa Dungun Baharudin Abd Hamid yang mendakwa PAS mengganggu program mereka. – Gambar The Malaysian Insider, 1 Disember, 2014.

Harga RON97, RON95 Turun, Diesel Naik

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan kepada tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.

Menurut Hasan harga baharu ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.

"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baharu itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pada 21 Nov lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Dis.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.

"Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun)," katanya.



-BERNAMA