Friday, December 9, 2011

Pas gagal?

KOTA BHARU 8 Dis. - Pengakuan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Abdul Fatah Harun bahawa kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid daripada wang sendiri sejak mentadbir lebih 20 tahun lepas, bukti keupayaan sebenar parti itu.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian berkata, kerajaan Pas Kelantan tidak mampu memenuhi aspirasi rakyat termasuk dalam soal mengangkat kedudukan agama Islam yang digembar-gemburkan sebagai perjuangan parti pembangkang itu.

Beliau berkata, pengakuan Abdul Fatah itu juga bukti bahawa tiada perubahan besar yang dilakukan oleh Pas di Kelantan, sebaliknya hanya retorik dengan slogan Membangun Bersama Islam.

Justeru katanya, rakyat Kelantan perlu benar-benar sedar dan menilai sendiri pengakuan wakil rakyat Pas itu bahawa parti berkenaan tidak mampu memenuhi aspirasi mereka.

"Kita berterima kasih kerana beliau membuat pengakuan tersebut kerana sebelum ini Kerajaan Pas Kelantan sering berdolak-dalik apabila diminta menyenaraikan pelaksanaan program terhadap Islam yang telah dibuat di negeri ini.

"Mandat rakyat yang diberi selama ini telah disia-siakan, misalnya dalam isu masalah air yang hanya akan diselesaikan dalam tempoh lebih 17 tahun lagi. Jika dalam tempoh lebih 20 tahun hanya sebuah masjid yang dibangunkan oleh Pas, apatah lagi soal pembangunan umat, golongan belia yang pasti tidak dapat dilaksanakan mereka.

"Maka, rakyat kena menilai semula kenapa mereka perlu lagi memilih Pas yang mengaku tidak mampu membawa kemajuan. Rakyat perlu buat perubahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.


MM : Rupa-rupanya PAS hanya gah pada nama sahaja, CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!!!!!

No comments:

Post a Comment