Thursday, February 9, 2012

Anwar makin terdesak..

Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan menyokong segala usaha melindungi Israel merupakan sikap politik yang tidak bijaksana. Tindakan Anwar itu saling tidak ubah seperti senjata makan tuan.
Seandainya Anwar berpendapat, kenyataan yang dikeluarkan beliau itu semata-mata untuk mendapat sokongan politik daripada Amerika Syarikat, ia merupakan kesilapan politik yang sangat serius. Kalau pernyataan itu dimaksudkan untuk mendapatkan dukungan politik daripada Amerika Syarikat, ia merupakan sikap politik yang tidak bijaksana.Setiap tokoh politik Islam yang berjuang untuk mendapatkan amanah daripada rakyat harus sentiasa berdasarkan pada prinsip-prinsip dasar ajaran agama Islam.
Kenyataan Anwar itu juga bukan hanya menyakiti umat Islam bahkan tidak sesuai dengan sikap dan pandangan masyarakat Muslim di seluruh dunia.
Pemimpin seperti harus ditolak oleh sesiapa juga yang mengaku dirinya Islam.

1 comment:

  1. apa nak buat dah anwar terdesak sangat nak cari duit untuk pilihanraya..tu yang puji melambung israel..harap-harap dia tidak menjadi pm Malaysia.

    ReplyDelete