Tuesday, February 14, 2012

Sudah terlambat

Pas hari ini mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.
"Sekiranya kenyataan WSJ tidak tepat, kita harap Anwar menyaman WSJ. Saya telah menandatangani surat di Kuala Lumpur semalam dan insya-Allah surat itu akan dihantar oleh Setiausaha Majlis Syura selepas ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan malam bersama Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan di Hotel GRV di sini malam ini.
Anwar dalam wawancara dengan WSJ baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjaga keselamatan negara Israel.
Ia telah mencetuskan bantahan umat Islam, malah ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu termasuk diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.
Menteri Besar itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai pendapat banyak pihak bahawa Anwar mengeluarkan kenyataan itu hanya untuk menarik sokongan dari negara asing.

MM: Kenyataan Nik Ajis ini sebenarnya sudah terlambat. Tembelang nuar sudah pecah. Nuar sebelum ini saban hari menghentam kerajaan kerana kononnya kerajaan bersekongkol dengan Israel terutamanya dalam isu apco tetapi kini ianya adalah sebaliknya. Kawan setuju dengan nik ajis agar nuar menyaman WSJ kerana sebelum ini nuar mengatakan bahawa kenyataan beliau dalam wawancara tersebut telah diputarbelit oleh pihak tertentu. Soalnya sekarang, beranikah nuar berbuat demikian? Satu dunia telah mendengar percakapan beliau itu.
Dan sudah terang lagi bersuluh, nampak sangat nuar cuba untuk meraih sokongan negara asing untuk beliau memerintah negara ini tetapi inipun tidak mahu diulas oleh nik ajis. Sedarlah Pas, jangan nasi menjadi bubur!!!!

No comments:

Post a Comment