Wednesday, November 27, 2013

PKR Sabah lumpuh.......

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah hampir lumpuh selepas para pemimpin utama daripada 11 cabang parti di negeri itu mengisytiharkan keluar parti sekali gus menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN). Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka membuat keputusan itu kerana sudah hilang keyakinan terhadap kepemimpinan PKR dan seterusnya memberi kepercayaan kepada BN di peringkat nasional mahu pun negeri. Katanya, sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu telah pun berbuat demikian iaitu ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad @ Malazad dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan pada 4 November lalu. Beliau turut mengumumkan akan berlaku gelombang kedua ahli PKR dari negeri tersebut keluar parti dalam masa terdekat. "Mereka merupakan pemimpin peringkat bahagian dan saya dimaklumkan oleh mereka sendiri, ramai penyokong parti itu akan turut serta keluar PKR dan menyokong BN. "Saya juga ingin memaklumkan akan berlaku gelombang kedua iaitu ramai lagi pemimpin PKR Sabah bakal berbuat demikian, bererti PKR Sabah hampir lumpuh, sebaliknya BN kuat dan utuh serta semakin mendapat kepercayaan daripada rakyat Sabah," katanya.Dua lagi yang turut sama mengisytiharkan keluar parti pada majlis itu ialah bekas Ahli Parlimen Bandau, Henry Madatang dan calon PKR Papar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Jomi Kamadan. Dalam pada itu, Najib menafikan dakwaan tindakan keluar parti itu dipengaruhi oleh BN memandangkan mereka membuat keputusan tersebut ekoran tiada lagi kepercayaan kepada PKR. "Tidak mungkin BN mempengaruhi mereka sebab mereka sudah hilang kepercayaan, itu pokoknya," katanya. Ditanya sama ada PKR akan terus lumpuh dengan perkembangan semasa itu walaupun cuba membentuk semula kedudukan parti, beliau yakin kekuatan parti itu terletak pada pemimpin berkenaan termasuk mereka yang bakal keluar parti dan menyokong BN. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131127/po_01/PKR-Sabah-hampir-lumpuh#ixzz2lnddtuxu © Utusan Melayu (M) Bhd Matamerah: Kawan harap ini akan berterusan. Tetapi kita kena ingat, ini adalah politik, harap UMNO dan BN berhati-hati.

No comments:

Post a Comment