Thursday, December 22, 2011

UMNO memang hebat!!!!!

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menyelar pihak tertentu dalam parti itu yang cepat melatah dengan menuduh tindakan beliau menyuarakan pandangan berbeza dari pucuk pimpinan sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

Sambil menyifatkan tuduhan tersebut terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran serta langsung tidak berasas, Nasharuddin berkata, sepanjang pembabitannya dalam Pas, belum pernah beliau mengungkap kenyataan akan menyertai UMNO sebagaimana ditafsir oleh pihak-pihak tersebut.

“Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar. Saya tidak mempunyai niat sebesar zarah pun untuk menyertai UMNO.

“Dakwaan kononnya saya terperangkap dalam agenda musuh politik Pas iaitu UMNO adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan tidak berasas. Malah, belum pernah saya ungkap mahu menyertai UMNO,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini mendakwa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin yang mengkritik perjalanan sistem parti itu sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

Ia kemudian diikuti dengan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bahawa parti tersebut tidak akan menghalang mana-mana pemimpin Pas untuk menyertai UMNO, malah yakin perjuangan parti itu tetap teguh walaupun pemimpin berkenaan meninggalkan parti.

Dalam pada itu, Nasharuddin berharap, penjelasan beliau kali ini memadai untuk menghentikan segala tuduhan oleh pihak tertentu yang mempersoalkan kesetiaannya kepada Pas.

Menyentuh mengenai pelbagai tohmahan yang diterimanya, bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, ia sebahagian daripada hakikat perjalanan hidup yang terpaksa diharungi oleh seorang pendakwah sepertinya, dalam usaha memartabatkan Islam.

“Saya menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan di pentas politik nasional pasti mengundang 1,001 macam cabaran dan dugaan. Saya akur sepenuhnya dengan jalan dakwah yang saya lalui ketika ini malah ia telah lebih awal disusuri oleh para nabi, sahabat dan ulama,” katanya.

MM : Mengapa UMNO yang disalahkan? Nampaknya pemimpin PAS takut pada bayang-bayang sendiri. Setiap kali pertelagahan berlaku dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat, mereka akan terus menuding jari kepada UMNO. Kawan berpendapat, UMNO ini memang parti HEBAT. Duduk diam-diam pun orang takut, belum lagi dia mengaum. Kepada Hasan dan Nasa, nampaknya pengorbanan mu selama ini tidak dihargai langsung. Pemimpin-pemimpin PAS sudah dicucuk hidungnya. Mereka tidak kisah jika Agama tergadai asalkan mereka dapat duduk di kerusi empuk Putrajaya.

Tuesday, December 20, 2011

PRU13 : SPR guna dakwat kekal...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, semalam.

MM : Agak-agaknya apa modal pembangkang lagi..??

RM400j bantu syarikat bas..

RM400j bantu syarikat bas
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan kerajaan meluluskan dana RM400 juta bagi membantu syarikat bas henti-henti yang menghadapi masalah kewangan meneruskan operasi.

MM : Begitulah perihatinnya PM kita kepada rakyat seperti slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

Biadap dan kurang ajar!!!!!!!

TANJUNG MALIM 19 Dis. - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengambil tindakan tegas terhadap seorang pelajarnya yang didakwa biadab menurunkan dan menggantikan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi kelmarin.

MM : Kawan harap pihak UPSI mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pelajar tersebut. Pada pendapat kawan, orang seperti ini tidak layak duduk di UPSI dan pihak Universiti serta negara tidak rugi membuang pelajar ini. Kawan juga berharap jangan ada sesiapa yang mempolitikkan isu ini. Pelajar itu tidak berhak melakukan perkara sedemikian kerana PM kita telah dipilih secara demokrasi.

Nuar patut sahut cabaran Tun M...Berani ke Nuar????

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Datuk Seri Anwar Ibrahim harus menyahut cabaran Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bersumpah jika mahu membuktikan dirinya berada di pihak yang benar.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya memberi pelbagai alasan kerana ia hanya membuktikan Anwar membuat dakwaan tidak benar dan berasas.

"Kalau apa yang didakwa Anwar adalah benar dan mengikut fahaman saya, sebagai seorang muslim yang sejati, kalau bersumpah bermakna ia suatu perkara yang serius, maka bersumpahlah.

"Apa yang dia nak takut. Dia seharusnya menerima cabaran daripada Dr. Mahathir. Kalau dia benar, sumpahlah.

"(Tetapi) saya dapati dia tak berani dan (kalau tak berani) maka dia tidak benar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

MM : Ramai yang dah bersumpah, termasuklah PM kita, tapi Nuar sekali pun tak berani bersumpah. Kawan rasa dia ni betul-betul bersalah, itu lah sebabnya dia tak berani bersumpah, ditambah lagi dengan sokongan 'ustaz-ustaz' dalam parti yang dikatakan Islam. Kalau Islam dipolitikkan, kawan rasa tak perlulah nak mendabik dada.

Friday, December 9, 2011

Taliban, PASA, gay dan Sexuality Merdeka 2011...

JANGAN tiru Taliban. Itu nasihat bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Beliau mengulas tindak tanduk Dewan Pemuda Pas Pahang, yang kerana terlalu ekstrem, membantah konsert Greaters Hits Tour penyanyi Elton John di Genting Highlands, 22 November ini.

Asri sebaliknya mencadangkan Pemuda Pas atau orang-orang Pas supaya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal - bukan tiru Taliban!

Benarkah Pas selama ini meniru cara Taliban? Itu kena tanya ustaz Asrilah. Beliau yang lebih mengetahui. Itu pasal Pas asyik berfikir nak menghukum orang sahaja.

Tapi tak apalah, itukan parti yang berada dalam pakatan DAP dan PKR. Walaupun tidur sebantal dan mimpi lain-lain, itu tak menjadi hal, asalkan mereka dapat merampas negara Malaysia yang aman dan makmur ini.

Tapi sayang seribu kali sayang, protes Pemuda Pas ini berpilih-pilih. Semasa konsert World Stage di i-City Shah Alam tempoh hari semua orang menikus. Pas, melalui Pemudanya yang gagah itu senyap menyepi. Tiada bantahan pun.

Mengapa, adakah kerana i-City berada dalam Selangor dan negeri Selangor dalam kekuasaan DAP? Mengapa, apabila isu cubaan murtad di sebuah gereja di Damansara juga anda semua menyepi sehingga pula sanggup menghalalkan cara?

Adakah kerana Pemuda Pas Selangor lebih matang, sederhana dan praktikal daripada Pemuda Pas Pahang? Atau mereka menikus kerana takut dengan DAP?

Itulah yang kita bengang. Cara protes pun sudah ada unsur politik. Lepas itu mereka ini akan masuk-keluar kampung menjaja mengatakan negeri Pahang, negeri PM itu, penuh dengan maksiat.

Saya juga hendak tanya bila masa pula mereka beria-ia menentang amalan gay. Jenuh orang berkata mengenai kegiatan gay sebelum ini, mereka juga menyepi dan menikus. Malah soal liwat dipertahankan habis-habisan dalam ceramah berhubung bab empat saksi.

Pas nampaknya bermain politik atas sentimen dan perasaan semata-mata. Jika sentimen yang dimainkan itu berjaya menaikkan semangat kebencian orang ramai terhadap pemerintah atau pihak-pihak tertentu, maka mereka akan puas dan menyifatkannya sebagai satu kemenangan.

KPI mereka sebenarnya diukur melalui cara itu. Bukan cara yang membina dan konstruktif bagi menjana pemikiran muaasir umat Islam.

Berbalik kepada penyanyi Elton John, beliau mempunyai peminat jutaan manusia seluruh dunia. Lagipun inikan negara demokrasi siapa yang mahu menonton silakan, jika merasakan itu maksiat, tinggalkan.

Saya sarankan jika Pas terlalu antikan masyarakat gay, maka lancarkan satu kempen khusus untuk membawa balik golongan ini ke pangkal jalan.

Di Malaysia sendiri pun ramai golongan gay atau homoseksual atau lelaki yang sukakan lelaki ini. Kes liwat di mahkamah pun sudah semakin banyak. Ada satu kes di Baling tidak lama dulu ada ustaz meliwat anak murid di sebuah sekolah maahad.

Nampaknya naluri orang Melayu Islam terhadap seks songsang atau masuk dari belakang ini pun sudah semakin banyak.

Saya cabar Pas pergilah tunjuk perasaan habis-habisan di hadapan pelancaran Sexuality Merdeka 2011 pada 9 November ini oleh tokoh pujaan mereka Datuk Ambiga.

Program ini akan mempromosikan budaya Lesbian, Bisexual, Gay, Transgender dan Intersex. Ia mendapat sokongan Amnesty International dan Bar Council. Lihat www.seksualitimerdeka.org/.

Untuk pengetahuan puak-puak Pas, rakan-rakan anda ini sedang mempromosikan budaya liberalisme dan pluralisme di negara ini.

Jangan bersikap hipokrit, pergi tentang puak ini habis-habisan.

Lakukanlah kerja dakwah ke atas golongan gay dan homoseksual ini secara meluas untuk memujuk mereka kembali ke pangkal jalan dan bukan secara menghukum.

Melayu Islam di rantau ini bersopan santun orangnya. Kita bukan macam Taliban. Kita juga bukan macam sesetengah orang Arab, yang membiarkan mayat sesama Islam reput macam bangkai anjing. Itukah Islam yang kita mahukan?

MM : PAS makin celaru. Sekejap boleh, sekejap tidak. Kalau melibatkan kerajaan, mereka hentam habis-habisan tapi kalau terkena ke batang hidung sendiri, mereka diam menikus habis-habisan.

PAS kena main lagi.....

Pas Selangor tidak akan tunduk

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com

SHAH ALAM 8 Dis. - Pas Selangor menyifatkan cadangan DAP yang berkemungkinan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti sebagai satu langkah yang tidak wajar.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya tidak akan tunduk kepada tuntutan itu kerana langkah tersebut masih belum dapat diterima oleh masyarakat selain ia bukan satu jaminan DAP akan memperoleh kemenangan dalam PRU13.

Beliau yang mengakui bahawa cadangan DAP tersebut ada dibincangkan dalam mesyuarat bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun pihaknya beranggapan ia sukar dilaksanakan dan memerlukan masa.

‘‘DAP (letakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu) kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum tetapi langkah ini memerlukan masa.

‘‘Namun, kita rasa langkah ini tidak wajar dan kita tidak tunduk kepada tuntutan DAP,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam ketika di minta mengulas mengenai artikel dalam ruangan Cuit yang ditulis oleh Datuk Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia yang menganggap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali sebagai faktor penyelamat kepada perpaduan dan penyatuan orang Melayu, Khalid berkata, ia adalah pandangan peribadi penulis.


MM : DAP nampaknya dah kemaruk kuasa. Tak puas dengan kerusi yang ada, kini DAP mahu pula meletakkan BONEKA bagi memenuhi nafsu politik mereka. Agak-agaknya apa komen TGNA? TIDUR SEBANTAL, MIMPI LAIN-LAIN....

Pas gagal?

KOTA BHARU 8 Dis. - Pengakuan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Abdul Fatah Harun bahawa kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid daripada wang sendiri sejak mentadbir lebih 20 tahun lepas, bukti keupayaan sebenar parti itu.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian berkata, kerajaan Pas Kelantan tidak mampu memenuhi aspirasi rakyat termasuk dalam soal mengangkat kedudukan agama Islam yang digembar-gemburkan sebagai perjuangan parti pembangkang itu.

Beliau berkata, pengakuan Abdul Fatah itu juga bukti bahawa tiada perubahan besar yang dilakukan oleh Pas di Kelantan, sebaliknya hanya retorik dengan slogan Membangun Bersama Islam.

Justeru katanya, rakyat Kelantan perlu benar-benar sedar dan menilai sendiri pengakuan wakil rakyat Pas itu bahawa parti berkenaan tidak mampu memenuhi aspirasi mereka.

"Kita berterima kasih kerana beliau membuat pengakuan tersebut kerana sebelum ini Kerajaan Pas Kelantan sering berdolak-dalik apabila diminta menyenaraikan pelaksanaan program terhadap Islam yang telah dibuat di negeri ini.

"Mandat rakyat yang diberi selama ini telah disia-siakan, misalnya dalam isu masalah air yang hanya akan diselesaikan dalam tempoh lebih 17 tahun lagi. Jika dalam tempoh lebih 20 tahun hanya sebuah masjid yang dibangunkan oleh Pas, apatah lagi soal pembangunan umat, golongan belia yang pasti tidak dapat dilaksanakan mereka.

"Maka, rakyat kena menilai semula kenapa mereka perlu lagi memilih Pas yang mengaku tidak mampu membawa kemajuan. Rakyat perlu buat perubahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.


MM : Rupa-rupanya PAS hanya gah pada nama sahaja, CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!!!!!