Monday, January 7, 2013

DAP gelabah?

DAP tidak perlu mencipta satu lagi drama semata-mata mahu mengembalikan wakil Melayu untuk menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu. Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, insiden kesilapan pengiraan jumlah undi sewaktu pemilihan parti pada 17 Disember lalu sudah dapat dijangka dan hanya merupakan satu taktik bagi menampakkan parti itu masih mengekalkan prinsip berbilang kaum. "DAP sebenarnya memerlukan sokongan orang Melayu bagi membantu mereka mencapai impian untuk ke Putrajaya. "Taktik ini sudah dapat diramal apabila menyedari mereka telah melakukan kesilapan besar apabila Zairil Khir Johari tidak dilantik sedangkan beliau 'orang kuat' Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,'' katanya di sini hari ini. Beliau mengulas insiden memalukan DAP apabila secara terbuka mengakui berlaku kesilapan pengiraan jumlah undi dalam pemilihan parti itu. Dalam keputusan yang dipinda itu, Zairil iaitu Setiausaha Politik kepada Guan Eng yang hanya mendapat 305 undi sebelum ini, sebenarnya memperolehi 803 undi, sekali gus meletakkannya pada kedudukan ke-20 dalam CEC parti tersebut. Tambah Tuan Tat, DAP perlu 'membersihkan' terlebih dahulu sikap rasis, tidak demokratik dan amalan korupsi sebelum mahu mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) serta sistem pilihan raya negara ini. ''Hal remeh seperti ini mereka tidak boleh atasi, bagaimana mahu mentadbir negara,'' katanya. MATAMERAH : Sekali lagi DAP buat lawak. Kawan rasa kalau undian dibuat sekali lagi pun, rasanya jangan harap orang Melayu akan terpilih dalam CEC tersebut. Lawak ini boleh menang jika diadakan Pertandingan Lawak Sedunia yang paling lawak. Sudah terang lagi bersuluh, dah sah tiada tempat untuk orang Melayu duduk di dalam parti DAP tapi yang peliknya orang Melayu dalam DAP bagai 'Lembu dicucuk hidung', masih tak sedar-sedar lagi. Sedarlah hai orang Melayu!!!!

1 comment:

  1. Zairil tu bukan melayu tulen pun dia anak kacukan cina juga..klu dah cina tetap cina tu juga la

    ReplyDelete