Monday, April 26, 2010

BN MENANG.PKR TUMBANG..

Tahniah kepada pengundi Hulu Selangor kerana telah mengembalikan kerusi tersebut kepada BN. Kepada petugas2 pula, syabas kawan ucapkan kepada kalian semua atas kegigihan kalian bagi mengembalikan kerusi tersebut kepada BN.
Kepada yang menang, kini tugas di pikul untuk menunaikan segala janji yang telah di berikan kepada rakyat Hulu Selangor. Kepada yang kalah,terimalah segala keputusan dengan hati terbuka,jangan rumah siap pahat berbunyi.
Rakyat Hulu Selangor bukanlah sebodoh yang pembangkang sangkakan. SYABAS PENGUNDI HULU SELANGOR.

Wednesday, April 14, 2010

ZAID OH ZAID....

Zaid akan berkubur dan karier politiknya akan berakhir. Itulah yang sangat di idamkan oleh Azmin Ali, orang kesayangan Anwar, yang telah meletakkan Zaid sebagai calon di PRK Hulu Selangor.
Kawan tahu dan rasanya semua orang tahu, samada di pihak BN mahupun di pihak PR siapa sebenarnya Zaid ini. Tp PR tetap mempertahankan dan menyokong KATAK NO 1 ini.
Dia adalah satu-satunya katak yang di sanjung oleh pihak pembangkang kerana berani meletakkan jawatan sebagai menteri dan melompat jauh masuk ke sarang pembangkang. Azmin memang dari dulu menyampah dengan Zaid ini tapi di sebabkan ingin menjaga hati boss nya dan rakan-rakan PR yang lain,terutamanya DAP,terpaksalah dia mengikut rentak ketuanya dan yang seangkatan dengannya. DAN, PRK Hulu Selangor ini telah membuka peluang buat Azmin untuk 'menguburkan' Zaid jika beliau kalah dalam PRK Hulu Selangor ini.
Cuma yang kawan terkilan, mengapa PAS, yang di canangkan sebuah parti ISLAM masih boleh menerima Zaid ini,yang setahu kawan orang ini adalah seorang yang begitu kuat PRO MURTAD.
Jangan gadaikan Islam kerana kepentingan politik...

Thursday, April 8, 2010

PM UMUM MIC CALON HULU SELANGOR

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mengumumkan bahawa calon MIC akan mewakili BN untuk kerusi Hulu Selangor.
Beliau berharap agar jentera BN akan bekerja dalam semangat setiakawan bagi memastikan kemenangan akan dapat di capai dalam pilihanraya kecil tersebut. Muafakat dan kerjasama di antara komponen dalam menghadapi pilihanraya kecil itu adalah amat penting. BN jangan mengambil mudah pilihanraya kecil ini walaupun sentimen rakyat telah berubah selepas setahun pentadbiran Datuk Seri Najib.
Mudah-mudahan rakyat tidak tersalah pilih pada 25 April ini.

BANGUN LAH MELAYU!!!!