Thursday, November 4, 2010

Bila bekas Mufti bercakap....

"Demi mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan, rasanya BELIAU perlu menerima hakikat ini kerana setiap kita ada hari datang dan ada hari pergi".
"Pembangkang perlu politik idea yang berteraskan kebijaksanaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara; bukannya kutuk mengutuk ,maki memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat".
Renungkanlah kata-kata bekas Mufti ini. Kutuk mengutuk,maki memaki memang kerja orang yang di maksudkan oleh bekas mufti tersebut. Tetapi yang hairannya, penyokong-penyokong BELIAU itu akan ketawa terbahak-bahak bila BELIAU mengutuk,memaki dan menghina orang. Adakah orang seperti ini yang kita akan ikut bila dia dapat memerintah nanti, orang yang tak habis-habis menipu rakyat dari dulu, kini dan selamanya. Ramai dari orang-orang kuat BELIAU yang sudah angkat kaki dari parti yang di tubuhkan untuk membela BELIAU dan bukannya untuk membela rakyat. Mereka ini dah sedar, tapi apa cerita dengan orang-orang bawahan yang masih tidak sedar-sedar lagi. Bila pemilihan peringkat cabang berkelahi, di katanya UMNO punya kerja. Nak mengaku salah jauh sekali. Bila orang bising pasal pemberian duit sebanyak RM250 kepada pengundi luar oleh PAS, di katanya sumbangan itu dari organisasi tertentu dan PAS hanya menjadi orang tengah sahaja, tapi kalau BN yang beri, meletup satu dunia mengatakan BN (selalunya dia akan kata UMNO) beri rasuah kepada pengundi. Kepada pengikut-pengikut BELIAU, jangan lah sampai di tipu dahulu, kini dan selama-lamanya. Fikir-fikirkan lah......

No comments:

Post a Comment