Monday, March 1, 2010

Tahniah buat kalian!!!

Tahniah kepada Mohd Fairuz,Tan Tee Beng dan Datuk Salahuddin dan tak lupa juga kepada Datuk Seri Zahrain.Akhirnya tuan-tuan sedar dari di buai mimpi.Bagaimana dengan yang lain-lain? Nak tidur sebantal dengan DAP lagi ke? Kawan tengok Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin, dah terasa bahangnya duduk dengan teman-teman yang hidup berpura-pura tu sampai dia tergamak memanggil pemimpin Islam yang bersetuju dengan cubaan pihak tertentu membatalkan sambutan Maulidur Rasul sebagai 'BANJINGAN' serta 'BACUL'. Zulkifli bila lagi nak tukar angin????? Abaikanlah apa yang Datuk Nik Aziz pernah katakan bahawa pemimipin lompat parti tidak amanah,berdosa kepada pengundi. Nik Aziz lupa pada satu ketika Anwar telah meletakkan 16 Sept 2008 sebagai tarikh untuk mengambilalih kerajaan dan bersemayam di Putrajaya. Mana datangnya kerusi Parlimen yang membolehkan Pakatan Rakyat mengambilalih kerajaan? Dari kerajaan langit ke??? Kalau ramai Ahli Parlimen BN yang lompat parti masa tu,tentu Nik Aziz akan cakap Ahli-ahli Parlimen tu telah melakukan JIHAD.BETUL KE? LU PIKIRLAH SENDIRI!!!

No comments:

Post a Comment