Monday, June 10, 2013

Kilang gula Felda didakwa dikuasai kaum tertentu??????

UMNO Pulau Pinang meminta pihak pengurusan Felda menyiasat dakwaan pentadbiran kilang gula milik agensi itu di Perai dekat sini, dimonopoli kaum tertentu. Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, sebagai sebuah kilang milik Felda pengurusan kilang itu sepatutnya dikuasai bumiputera. "Sejak Felda mengambil alih kilang gula ini, berapa ramai bumiputera yang menjadi pentadbir tertinggi di kilang ini? "Berapa banyak syarikat bumiputera pula yang berurus niaga di kilang ini?," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Kilang gula Felda di Perai itu dimiliki anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) iaitu MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM Holdings). Musa berkata, beliau mendapat maklumat kilang gula itu didakwa tidak memberi peluang kepada bumiputera berada dalam pentadbiran tertinggi sebaliknya dimonopoli kaum tertentu. "Kita sebelum ini mendakwa kilang milik Cina enggan mengambil bumiputera bekerja tetapi perkara itu juga nampaknya berlaku di kilang milik Felda," katanya.

Dua Pemimpin DAP dalang Red Bean Army?

Dua pemimpin kanan DAP didakwa bertanggungjawab menyelia kegiatan lebih 200 anggota Red Bean Army di sekitar Pulau Pinang dan Selangor. Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, salah seorang daripada mereka bergelar ahli Parlimen dan seorang lagi memegang jawatan kanan di dalam parti. Menurut beliau, pasukan tentera siber itu diwujudkan DAP sejak 2008, khusus untuk menyerang kerajaan dan Barisan Nasional (BN). "Separuh daripada anggota Red Bean Army menerima bayaran untuk menjalankan kegiatan mereka, manakala bakinya berkhidmat secara sukarela. "Kira-kira 97 peratus anggota Red Bean Army berketurunan Cina dan bakinya kaum-kaum lain. Setahu saya, tiada orang Melayu di dalam pasukan tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Mohamed Razali mengulas mengenai Red Bean Army yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang BN, malah sesiapa sahaja yang menyokong parti itu. Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau mengetahui tentang kewujudan Red Bean Army walaupun pendedahan tentang tentera siber pembangkang itu dibuat oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun. Tambah Mohamed Razali, anggota-anggota Red Bean Army perlu mengikuti latihan khusus bagi memupuk kebencian terhadap UMNO, Islam dan institusi diraja dalam diri mereka. "Kita dapat melihat sendiri betapa dahsyatnya mereka memainkan isu perkauman semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini," ujarnya. Beliau juga tidak terkejut dengan penafian Kit Siang kerana pemimpin-pemimpin DAP sentiasa mendakwa kononnya parti itu mengamalkan politik bersih. Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Red Bean Army. "Kita bimbang lambat-laun rakyat akan termakan dengan segala fitnah dan hasutan yang disebarkan oleh Red Bean Army," jelasnya. Kata beliau, kegiatan Red Bean Army perlu dibendung secepat mungkin bagi mengelakkan keamanan dan kestabilan negara terjejas. MM: Rakyat Malaysia berharap kerajaan terutamanya KDN dapat mengambil tindakan tegas dan jangan hanya memberi amaran sahaja. Zaman untuk memberi amaran sudah lama berlalu dan sekarang adalah masa untuk membuat kerja pula. Disebabkan hanya memberi amaran sahaja, ramai yang telah menjadi bersikap kurang ajar yang melampau. Bermula dari Red Bean Army, penghinaan kepada Yang Dipertuan Agung dan kini penghinaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, rakyat semakin gelisah.

Sedarlah hai Orang-orang Melayu....

Masyarakat Cina di negara ini dinasihat tidak terus 'berfantasi' dengan mempercayai kononnya DAP boleh membawa perubahan yang lebih baik kepada mereka.Agenda yang dibawa oleh DAP amat berbahaya dan tidak membawa kebaikan terhadap keharmonian masyarakat pelbagai kaum. Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini bersikap adil kepada semua kaum melalui dasar perkongsian kuasa sehingga tidak ada kaum yang berasa tertindas.Kaum Cina perlu melihat hal ini dalam keadaan realiti dan bukannya fantasi. Kerajaan yang ada iaitu kerajaan BN amat adil kepada semua kaum sehingga semua kaum dijaga kepentingan mereka. MM: Kawan harap orang Melayu dapat mengambil iktibar dari apa yang terjadi. Jika masyarakat Cina boleh beralih arah daripada menyokong kerajaan kepada menyokong pembangkang pada PRU13 yang lalu, yangmana adalah jelas DAP adalah parti rasis,mengapa orang Melayu masih dibuai mimpi.