Thursday, April 7, 2011

Tubuhkan segera Suruhanjaya Diraja.

Kawan harap kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes video seks yang dikatakan pelakonnya adalah salah seorang orang kanan pembangkang. Kawan hairan, kalau benar 'beliau' tidak terlibat dalam video tersebut, mengapa perlu takut suruhanjaya tersebut ditubuhkan. Jika benar dia bukan 'pelakonnya',dan didapati tidak bersalah oleh suruhanjaya tersebut nanti, itu adalah satu kelebihan bagi 'beliau'. Ada sekutunya terutamanya dari parti PAS, menafikan bahawa itu bukannya 'beliau', tetapi orang yang seiras dengannya, termasuklah isteri dan anaknya, kawan nak tanya, mereka dah tengok ke video tu? Kini jam Omega pula jadi isu. Wahai Wan Azizah, kalau benar jam Omega yang dipakai oleh suami Datin Seri ada dalam simpanan, tunjuk kan lah, susah sangat ke? Kawan rasa, kalau jam tersebut di tunjukkan kapada wartawan, habis satu bab, tiada siapa pun nak tanya hal tu lagi. Walau apa pun, kawan harap kerajaan akan meneruskan penubuhan suruhanjaya tersebut bagi mencari kebenaran.

Beri mandat kepada BN- Harapan TPM.

Barisan Nasional (BN) meminta rakyat Sarawak memberi mandat baru kepada parti itu dengan majoriti undi lebih besar bagi membolehkan urusan pembangunan dilaksanakan dengan lancar untuk tempoh lima tahun akan datang.

Mengakui cabaran pilihan raya ke-10 ini agak sengit dengan kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan, Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun yakin rakyat negeri itu akan membuat penilaian yang bijaksana berdasarkan rekod cemerlang BN selama ini.

Tegasnya, BN menawarkan satu peluang terbaik kepada pengundi untuk meneruskan kesinambungan janji kerajaan negeri memacu kemajuan negeri ke tahap lebih baik.

"Kalau tidak guna simbol dacing, itu adalah calon di luar BN sedangkan yang mendapat sokongan pucuk pimpinan untuk bertanding ialah yang 100 peratus calon-calon BN.

"Oleh itu, saya meminta rakyat supaya tidak mudah percaya dengan mereka (calon-calon pembangkang yang terdesak dan tidak sepatutnya bertanding sebab tidak ada kekuatan tersendiri).

"Jangan juga percaya dengan tipu helah mereka kononnya tidak menang negeri (pun) tidak mengapa, asalkan menang moral sebab ini bukan soalnya tetapi jelas bukti nyata untuk kita membangun dan memacu pembangunan pesat negeri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Mukah di sini hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin mengiringi calon N51 Balingian yang juga Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyerahkan borang pencalonan mempertahankan kerusi itu di Dewan Suarah Mesra Mukah.

Abdul Taib dicabar oleh calon PKR, Suriati Abdullah, 50, dan calon bebas, Datuk Salleh Jafaruddin, 67, yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran.

Muhyiddin berkata, pilihan raya Sarawak kali ini menyaksikan semua kerusi ditandingi berbanding dua kerusi dimenangi tanpa bertanding oleh BN pada 2006 membuktikan sistem amalan demokrasi yang segar di Malaysia.

"Ada pertandingan satu lawan satu dan tiga penjuru, ini bermakna sesiapa sahaja berhak sama ada parti atau secara peribadi untuk bertanding. Ia juga memberikan kesempatan kepada rakyat Sarawak untuk memilih mana-mana parti yang mampu berperanan menggalas tugas besar untuk rakyat," katanya.

Tegas Muhyiddin, keserabutan yang dialami pembangkang dengan pertindihan calon-calon mereka yang berlawan sesama sendiri untuk berdepan dengan BN tidak sesekali menggentarkan parti pemerintah itu.

"Kita juga tidak sesekali memandang rendah cabaran pembangkang dengan semua jentera BN sudah diletakkan dalam keadaan bersedia bekerja keras untuk mengembalikan semula mandat rakyat," katanya.

MM : Kawan harap rakyat Sarawak tidak tersalah pilih pada pilihanraya ke 10 kali ini. Nampaknya pembangkang kemaruk sangat nak menang terutamanya Parti PKR hingga sanggup meletakkan calon mereka walaupun di tempat itu telahpun ada parti pembangkang lain yang bertanding. Mereka meletakkan calon mereka walaupun mereka tahu mereka tidak ada peluang langsung untuk menang. Kawan harap Sarawak adalah tempat untuk menguburkan Pakatan Pembangkang pada 16 April ini. Kita tunggu dan lihat