- Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali berkata, negara ini akan hancur dan Islam akan musnah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan.
Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu berkata, kebebasan secara mutlak untuk beragama termasuk murtad, melakukan seks songsang akan dibolehkan atas nama hak asasi manusia dan hak serta keistimewaan Melayu juga dimansuhkan.
"Apa akan jadi kalau Pakatan Rakyat memerintah? Tidak ada negara Islam, tidak ada budaya al-Quran. Surau dan masjid akan mati. Anak kita akan dididik secara liberal. Calon Perdana Menteri yang mempunyai masalah moral dan bolehkah dibayangkan kalau parasit-parasit (Pas) dipilih jadi menteri?
"Budaya seks rambang, homoseksual, lesbian dan sebagainya akan dihalalkan. Pasal sekarang sudah ada orang yang minta perkara itu disemak semula. Bila dibantah katanya akan hilang kemanusiaan. Kita akan hilang agama, tidak ada lagi (pemerintahan mengikut) al-Quran dan hadis, bertambah konsep mengiyakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 5,000 penyokongnya di dataran Bukit Naning, Air Hitam, dekat sini malam tadi.
Hasan berkata, buat pertama kalinya juga Malaysia akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dan tanda ke arah itu sudah kelihatan apabila seorang pemimpin pembangkang secara terang-terangan mahu mempertahankan keselamatan negara Yahudi itu.
Menurutnya, Pas yang kini sudah 72 peratus dipimpin parasit-parasit yang berfahaman sekular, tidak mampu untuk menghalang semua perkara itu daripada berlaku kerana mahu menjaga kepentingan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata, Pas hanya mengikut apa sahaja kemahuan dua parti tersebut walaupun terpaksa menggadaikan Islam termasuk bersekongkol dalam hal akidah dan semua yang melibatkan kepentingan umat Islam.
Pas katanya, kini dikuasai dua elemen perosak iaitu parasit akidah yang menghalang segala usaha membanteras gejala murtad serta berkaitan akidah dan juga parasit politik yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat mengambil alih kerajaan Pusat.
Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin meminta umat Islam menolak fahaman pluralisme termasuk yang diamalkan seorang pemimpin pembangkang kerana ia mengeliru penganut agama itu.
Menurutnya, fahaman tersebut adalah strategi licik pihak Yahudi untuk memastikan umat agama itu berpecah-belah dan lemah sekali gus membolehkan mereka memperkotak-katikkan orang Islam.
MM: Mengapa setelah sekian lama ditipu baru kini sedarnya padahal kawan rasa Hasan ni orang yang terpelajar. Pembongkaran oleh Hasan sekarang menunjukkan bahawa sebenarnya Pas adalah sebuah parti yang bermasalah. Anwar telah berjaya menghuru-harakan Pas. Tapi, apakah pihak-pihak yang taksub dengan PR akan memikirkan apa yang dibongkar oleh Hasan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment