Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyelar tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran yang cuba mencampuri isu membabitkan seorang kolumnis akhbar Arab Saudi, Hamza Kashgari Mohamad Najeeb.
Beliau berkata, Surendran sepatutnya tidak masuk campur dalam perkara membabitkan akidah umat Islam walaupun atas dasar perjuangan hak asasi manusia.
Ini kerana katanya, alasan untuk melindungi Hamza Kashgari atas dasar hak asasi manusia adalah tindakan yang dangkal seolah-olah wujud agenda tertentu untuk merendahkan martabat Islam.
"Mana ada agama di dunia ini yang membenarkan penganut mereka menghina kemuliaan ajarannya. Saya pasti penganut agama Kristian, Buddha dan Hindu tidak rela 'orang luar' mencampuri urusan agama mereka, tetapi mengapa apabila timbul isu membabitkan Islam, banyak pihak luar mahu campur tangan.
"Dalam isu membabitkan Hamza Kashgari, kita biarkan sahaja mahkamah Arab Saudi yang menentukan hukuman sewajarnya. Bukan bermaksud dia akan terus dihukum mati seperti didakwa Surendran, mahkamah di sana juga bersikap terbuka, perlu dibicarakan dan menerima pengampunan serta hukuman lebih ringan sekiranya bertaubat.
"Surendran dan mana-mana peguam yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia di negara ini sewajarnya faham mengenainya. Kalau tidak tahu jangan cuba campur tangan. Saya khuatir tindakan ini seolah-olah mereka ada agenda cuba merendahkan martabat agama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas tindakan Surendran yang mempertikaikan tindakan kerajaan menghantar pulang Hamza Kashgari ke negara asalnya kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui Twitternya sehingga menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.
Sementara itu di BRUSSELS, AFP melaporkan Kesatuan Eropah (EU) mengutuk tindakan Malaysia mengusir wartawan itu ke negara asalnya untuk berdepan tuduhan mengeluarkan kata-kata yang menyesatkan selepas membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW.
Jurucakap EU, Maja Kocijancic berkata, Mohammad Najeeb dilaporkan tidak diberi peluang untuk mendapatkan peguam atau ditawarkan sebarang rayuan terhadap pengusiran tersebut 'berdasarkan piawaian antarabangsa.
"Kami kecewa dengan pihak berkuasa Malaysia yang bertindak mengusir Mohammad Najeeb," katanya.
MM: Biadap dan kurang ajar!!! Begitulah sikap pihak pembangkang di Malaysia. Kawan malas nak ulas panjang-panjang, cuma nak tunggu apa kata lebai-lebai dalam PAS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment