Tuesday, September 17, 2013
Chin Peng - Kuburkan di mana sahaja tetapi BUKAN DI BUMI MALAYSIA......
Mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng yang meninggal dunia di Thailand akibat sakit tua pada usia 90 tahun tidak akan diterima untuk dibawa pulang ke negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun sudah meninggal dunia, mendiang tetap ketua pengganas komunis yang bertanggungjawab membunuh ribuan anggota keselamatan negara.
Katanya, kematian Chin Peng itu juga tidak mungkin dapat memadam rasa kebencian terhadap mendiang terutama dalam kalangan balu-balu anggota polis dan tentera yang dibunuh kejam pengganas komunis.
"Tidak mungkin veteran polis dan tentera akan menerima mayat atau abu mendiang sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia. Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana dakwaan pihak-pihak tertentu.
"Mendiang tetap ketua pengganas komunis yang tidak boleh diterima di bumi ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas gesaan pihak tertentu supaya kerajaan membenarkan Chin Peng dikebumikan di negara ini.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pukul 6.20 pagi hari ini akibat sakit tua.
Sepanjang mengetuai komunis semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai kekejaman dilakukan Chin Peng serta pengikutnya terhadap anggota keselamatan negara serta orang awam.
Mendiang bertanggungjawab mengepalai komunis membunuh sebanyak 2,083 anggota keselamatan negara dan mencacatkan 3,541 anggota lain manakala sebanyak 2,588 orang awam pula dibunuh dengan 1,490 yang lain cedera.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kematian Chin Peng tidak akan dianggap sebagai satu kehilangan berikutan pengkhianatan dan keganasan yang pernah dilakukan oleh mendiang pada zaman lampau.
Malah, tegas beliau, Chin Peng yang pernah mengetuai parti komunis di negara ini bertanggungjawab penuh ke atas kematian beribu-ribu anggota keselamatan dan rakyat yang berusaha mempertahankan kedaulatan negara.
"Saya menyokong keputusan kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu mendiang ditanam di Malaysia, malah semasa mendiang tenat sebelum ini saya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu tidak membenarkan sama sekali beliau dibawa pulang," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130917/dn_03/Tidak-boleh-diterima-di-bumi-Malaysia#ixzz2f8Ga50yC
© Utusan Melayu (M) Bhd
BIADAP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran yang mempertikaikan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera disifatkan sebagai individu berfikiran sempit dan hanya melihat agenda tersebut kepada satu aspek dalam politik sahaja.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengingatkan Surendran supaya menilai kembali kesannya kepada seluruh masyarakat sekiranya kerajaan mengambil opsyen kedua dengan mengabaikan 65 peratus penduduk bumiputera di negara ini.
"Surendran hanya tahu memikirkan satu aspek dalam politik, beliau hanya melihat kepada satu sudut sahaja iaitu dari segi kertas tetapi semangat agenda ini tidak dapat difahami oleh mereka.
"Bayangkan opsyen yang satu lagi ialah mengabaikan kepentingan 65 peratus penduduk di negara kita ini yang rata-ratanya masih miskin dan mundur. Apa kesannya selepas ini? Surendran baharu masuk dalam politik tetapi kita sudah memerintah 50 tahun dalam negara Malaysia dan 56 tahun di Tanah Melayu," katanya dalam majlis pembayaran dividen Koperasi Kadamaian Kota Belud Berhad di Dewan Gopog pekan Taginambur, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Awadnir Matanggal; Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Herbert Timbun Lagadan dan Pengerusi Koperasi Kadamaian Kota Belud, Daniel Samudin.
Surendran kelmarin dalam kenyataannya kepada salah sebuah portal berita didakwa cuba mempersoalkan kewibawaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan membangkitkan kemarahan golongan bumiputera kononnya pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tun Razak menyentuh kebebasan hak asasi rakyat.
Tambah Abdul Rahman, sekiranya golongan bumiputera yang menjadi golongan majoriti tidak berasa selesa dan terpinggir, ia bakal mencetuskan masalah sosial seterusnya mengganggu gugat kestabilan politik negara.
Tegas beliau, bagi menstabilkan negara yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat, maka kerajaan perlu memberi keyakinan kepada golongan bumiputera bahawa kerajaan sentiasa berusaha membantu mereka tanpa meminggirkan mana-mana kaum lain.
"Jadi membantu 65 peratus yang sememangnya mundur dan serba kekurangan itu bukan satu agenda yang buruk dan bersifat perkauman kerana ini adalah agenda nasional yang perlu disokong rakan-rakan bukan bumiputera.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini kalau bumiputera mempunyai keupayaan dan kewangan yang lebih sudah tentu wang itu akan turun kepada premis-premis perniagaan yang rata-ratanya dimiliki bukan bumiputera," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130917/po_16/Surendran-berfikiran-sempit#ixzz2f8A7QKKn
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, June 10, 2013
Kilang gula Felda didakwa dikuasai kaum tertentu??????
UMNO Pulau Pinang meminta pihak pengurusan Felda menyiasat dakwaan pentadbiran kilang gula milik agensi itu di Perai dekat sini, dimonopoli kaum tertentu.
Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, sebagai sebuah kilang milik Felda pengurusan kilang itu sepatutnya dikuasai bumiputera.
"Sejak Felda mengambil alih kilang gula ini, berapa ramai bumiputera yang menjadi pentadbir tertinggi di kilang ini?
"Berapa banyak syarikat bumiputera pula yang berurus niaga di kilang ini?," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kilang gula Felda di Perai itu dimiliki anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) iaitu MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM Holdings).
Musa berkata, beliau mendapat maklumat kilang gula itu didakwa tidak memberi peluang kepada bumiputera berada dalam pentadbiran tertinggi sebaliknya dimonopoli kaum tertentu.
"Kita sebelum ini mendakwa kilang milik Cina enggan mengambil bumiputera bekerja tetapi perkara itu juga nampaknya berlaku di kilang milik Felda," katanya.
Dua Pemimpin DAP dalang Red Bean Army?
Dua pemimpin kanan DAP didakwa bertanggungjawab menyelia kegiatan lebih 200 anggota Red Bean Army di sekitar Pulau Pinang dan Selangor.
Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, salah seorang daripada mereka bergelar ahli Parlimen dan seorang lagi memegang jawatan kanan di dalam parti.
Menurut beliau, pasukan tentera siber itu diwujudkan DAP sejak 2008, khusus untuk menyerang kerajaan dan Barisan Nasional (BN).
"Separuh daripada anggota Red Bean Army menerima bayaran untuk menjalankan kegiatan mereka, manakala bakinya berkhidmat secara sukarela.
"Kira-kira 97 peratus anggota Red Bean Army berketurunan Cina dan bakinya kaum-kaum lain. Setahu saya, tiada orang Melayu di dalam pasukan tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohamed Razali mengulas mengenai Red Bean Army yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang BN, malah sesiapa sahaja yang menyokong parti itu.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau mengetahui tentang kewujudan Red Bean Army walaupun pendedahan tentang tentera siber pembangkang itu dibuat oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun.
Tambah Mohamed Razali, anggota-anggota Red Bean Army perlu mengikuti latihan khusus bagi memupuk kebencian terhadap UMNO, Islam dan institusi diraja dalam diri mereka.
"Kita dapat melihat sendiri betapa dahsyatnya mereka memainkan isu perkauman semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini," ujarnya.
Beliau juga tidak terkejut dengan penafian Kit Siang kerana pemimpin-pemimpin DAP sentiasa mendakwa kononnya parti itu mengamalkan politik bersih.
Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Red Bean Army.
"Kita bimbang lambat-laun rakyat akan termakan dengan segala fitnah dan hasutan yang disebarkan oleh Red Bean Army," jelasnya.
Kata beliau, kegiatan Red Bean Army perlu dibendung secepat mungkin bagi mengelakkan keamanan dan kestabilan negara terjejas.
MM: Rakyat Malaysia berharap kerajaan terutamanya KDN dapat mengambil tindakan tegas dan jangan hanya memberi amaran sahaja. Zaman untuk memberi amaran sudah lama berlalu dan sekarang adalah masa untuk membuat kerja pula. Disebabkan hanya memberi amaran sahaja, ramai yang telah menjadi bersikap kurang ajar yang melampau. Bermula dari Red Bean Army, penghinaan kepada Yang Dipertuan Agung dan kini penghinaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, rakyat semakin gelisah.
Sedarlah hai Orang-orang Melayu....
Masyarakat Cina di negara ini dinasihat tidak terus 'berfantasi' dengan mempercayai kononnya DAP boleh membawa perubahan yang lebih baik kepada mereka.Agenda yang dibawa oleh DAP amat berbahaya dan tidak membawa kebaikan terhadap keharmonian masyarakat pelbagai kaum.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini bersikap adil kepada semua kaum melalui dasar perkongsian kuasa sehingga tidak ada kaum yang berasa tertindas.Kaum Cina perlu melihat hal ini dalam keadaan realiti dan bukannya fantasi. Kerajaan yang ada iaitu kerajaan BN amat adil kepada semua kaum sehingga semua kaum dijaga kepentingan mereka.
MM: Kawan harap orang Melayu dapat mengambil iktibar dari apa yang terjadi. Jika masyarakat Cina boleh beralih arah daripada menyokong kerajaan kepada menyokong pembangkang pada PRU13 yang lalu, yangmana adalah jelas DAP adalah parti rasis,mengapa orang Melayu masih dibuai mimpi.
Monday, January 7, 2013
Jangan cuba alih pandangan rakyat..Rakyat bukannya bodoh...
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam keputusan membatalkan rancangan mengadakan forum membincangkan Amanat Haji Hadi sambil mendakwa tindakan itu tidak demokratik dan membuktikan 'perangai hodoh' kerajaan yang lebih teruk daripada 'binatang'.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130105/po_09/Nik-Aziz-kecam-forum-Amanat-Haji-Hadi-dibatal#ixzz2HDMQIwWX
© Utusan Melayu (M) Bhd
MATAMERAH : Dah sah nik ajis ni nyanyuk. Kalau itu lah perkataan yang keluar dari mulut dia, maknanya dia ni tak layak dipanggil tok guru. Mungkin dia ni bodo dan lebih teruk daripada be.... Mengapa dia mengheret kerajaan dalam isu ini sedangkan terang-terang isu Amanat Haji Hadi telah ditimbulkan oleh bekas penyokong-penyokong tegar Pas terutamanya oleh C.N. Al-Afghani. Salahkah mereka yang telah sedar ini memberitahu orangramai betapa hodohnya perangai orang-orang Pas yang kononnya telah pun disediakan tempat didalam syurga? Syurga itu milik siapa, siapa Tuanpunya nya? Cuba berlapang dada, terima sedikit pendapat orang. Rosaknya Pas bukan disebabkan oleh UMNO tetapi oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri yang tamakkan kuasa. Selesaikan dulu isu cina Dap yang mendapat habuan tanah di Kelantan. Jangan cuba nak alihkan pandangan rakyat kepada isu lain.
DAP gelabah?
DAP tidak perlu mencipta satu lagi drama semata-mata mahu mengembalikan wakil Melayu untuk menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu.
Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, insiden kesilapan pengiraan jumlah undi sewaktu pemilihan parti pada 17 Disember lalu sudah dapat dijangka dan hanya merupakan satu taktik bagi menampakkan parti itu masih mengekalkan prinsip berbilang kaum.
"DAP sebenarnya memerlukan sokongan orang Melayu bagi membantu mereka mencapai impian untuk ke Putrajaya.
"Taktik ini sudah dapat diramal apabila menyedari mereka telah melakukan kesilapan besar apabila Zairil Khir Johari tidak dilantik sedangkan beliau 'orang kuat' Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,'' katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas insiden memalukan DAP apabila secara terbuka mengakui berlaku kesilapan pengiraan jumlah undi dalam pemilihan parti itu.
Dalam keputusan yang dipinda itu, Zairil iaitu Setiausaha Politik kepada Guan Eng yang hanya mendapat 305 undi sebelum ini, sebenarnya memperolehi 803 undi, sekali gus meletakkannya pada kedudukan ke-20 dalam CEC parti tersebut.
Tambah Tuan Tat, DAP perlu 'membersihkan' terlebih dahulu sikap rasis, tidak demokratik dan amalan korupsi sebelum mahu mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) serta sistem pilihan raya negara ini.
''Hal remeh seperti ini mereka tidak boleh atasi, bagaimana mahu mentadbir negara,'' katanya.
MATAMERAH : Sekali lagi DAP buat lawak. Kawan rasa kalau undian dibuat sekali lagi pun, rasanya jangan harap orang Melayu akan terpilih dalam CEC tersebut. Lawak ini boleh menang jika diadakan Pertandingan Lawak Sedunia yang paling lawak. Sudah terang lagi bersuluh, dah sah tiada tempat untuk orang Melayu duduk di dalam parti DAP tapi yang peliknya orang Melayu dalam DAP bagai 'Lembu dicucuk hidung', masih tak sedar-sedar lagi. Sedarlah hai orang Melayu!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)