Thursday, March 29, 2012

Pemimpin Islam Pakatan Pembangkang pengecut?

NIBONG TEBAL 28 Mac - Pemimpin Islam dalam kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana mengambil sikap berdiam diri terhadap isu hak serta kepentingan umat Islam di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tindakan sedemikian menunjukkan mereka seolah-olah 'takut' dan tunduk kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Menurutnya, sebagai pemimpin Islam, mereka sewajarnya tidak lari daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.

"Dia (Guan Eng) bukan tuhan, dia manusia biasa. Kenapa orang Melayu dan Islam perlu takut kepada dia?

"Kita hanya taat dan takut kepada Allah SWT. Kita nak takut kepada 'tuhan lain' kenapa?" katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas sikap membisu pemimpin-pemimpin Islam dalam kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung isu penjualan tapak masjid yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pemaju swasta

MM: Sudah terang lagi bersuluh. Itulah sikap sebenar pemimpin Islam dalam parti pembangkang. Semuanya diam menikus. Mereka sebenarnya sudah terbayang dimata mereka ingin duduk dikerusi empuk Putrajaya yang dulunya mereka kata akan menjualnya jika dapat memerintah negara ini. Itulah sebabnya mereka tidak kisah jika agama mereka diperlekehkan oleh orang-orang kafir asalkan nafsu mereka dapat dipuaskan. Apakah pakatan ini yang akan orang Islam sokong?

No comments:

Post a Comment