Wednesday, May 12, 2010

HENTI GUNA NAMA KHALIFAH UMAR

Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta tidak lagi menggunakan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai ikon dalam pentadbirannya kerana tindakan, perbuatan dan ciri pemerintahan yang ditunjukkan beliau tidak sama seperti yang dilaung-laungkan.

Shahbuddin Yahya (BN-Permatang Berangan) berkata, tindakan itu jika diteruskan hanya akan mengganggu sensitiviti orang Islam di negeri ini serta menimbulkan suasana tidak baik di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Jelasnya, orang Islam meletakkan Khalifah Umar sebagai manusia yang tinggi akidahnya serta mengamalkan ciri-ciri terpuji dalam pemerintahan sehingga mendapat tempat dan kedudukan yang tinggi dalam sanubari umat Islam di seluruh dunia.

''Saya faham, niat Ketua Menteri menjadikan Khalifah Umar sebagai ikon adalah baik, namun, untuk menjadikan Khalifah Umar sebagai contoh, banyak benda kita kenal lihat.

"Paling utama, akidah, ciri dan perbuatan kedua-duanya tapi apa yang dilihat, kedua-dua mereka tidak sama.

''Saya bukan pertikai peribadi Ketua Menteri, namun bila tindakan yang dibuatnya tidak memaparkan ciri-ciri Khalifah Umar, orang Islam di luar sana mula bercakap dan rasa tidak senang lalu mereka minta saya cakap perkara ini dan sampaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

RSN Rayer (DAP-Seri Delima) kemudiannya bangun mencelah dengan menyatakan apa yang diminta oleh Shahbudin itu merupakan satu sindiran seolah-olah Guan Eng tidak layak untuk berbuat demikian.

Shabuddin memberitahu, beliau tidak berniat untuk menyindir atau memperkatakan tentang keperibadian Guan Eng, namun, tindakan itu dibuat bertujuan menjamin keharmonian masyarakat di negeri ini.

''Contohnya bila kita lihat di akhbar tentang tindakan Ketua Menteri melakukan pelbagai upacara berkaitan agama lain, ini tidak ada apa salah sebenarnya tapi bagi orang Islam, perkara ini agak janggal," katanya.

Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain kemudiannya menjelaskan, Guan Eng hanya menjadikan corak pemerintahan Khalifah Umar sebagai contoh dalam pemerintahannya dan tidak wujud sebarang perbandingan di antara kedua-dua mereka.

''Apa-apa pun, saya akan minta Ketua Menteri memberi penjelasan," katanya.

1 comment:

  1. Bro, manalah puak-puak PAS ni nak henti menggelar LGE mcm Khalifah Omar, bukan ke LGE bakal jdai PM Malaysia....NIk Aziz suka pe....

    ReplyDelete