Friday, March 19, 2010

TERBONGKAR AKHIRNYA!!!!

Dulu kawan,sekarang lawan.Masa dulu,makan sepinggan,tidur sebantal,semuanya ok. bila dah bercerai macam-macam cerita keluar.

Menurut notautara dalam Harakah Bil 1514,penduduk Kulim Bandar Baru tidak pernah nampak batang hidung wakil rakyat mereka dalam kawasan. Malah beliau menyatakan jika ada pertandingan wakil rakyat paling lembab berikan perkhidmatan untuk rakyat dalam kawasan,maka YB Kulim Bandar Baru akan memenanginya.

Kawan benar-benar terkejut dengan kenyataan ini. Tiap-tiap hari pembangkang membelasah kerajaan dengan mengatakan bahawa ADUN dan Ahli Parlimen BN tidak pernah turun padang,dekat dengan rakyat,rupa-rupanya sebaliknya yang berlaku. Ini bukan kawan cakap,tapi penulis notautara sendiri yang menyatakannya dalam Harakah.

Semasa bersama dahulu,sikap dan perangai YB-YB pembangkang yang di katakan tidak membuat kerja di pertahankan habis-habisan oleh ketua masing-masing. Sekarang apa dah jadi. Dalam akhbar-akhbar pembangkang,tidak ada satu pun berita yang elok tentang kerajaan. Diberi bonus,ada yang bercakap sikit sangat,tak cukup, kalau tak di beri,di katakan kerajaan kejam dan tak perihatin terhadap rakyat.

Sepatutnya kita cermin dulu diri kita ini. Bekerja dengan kerajaan tapi membangkang. Kononnya rasuah terlalu banyak,tapi bulan-bulan senyum apabila menerima gaji yang kerajaan beri. Dalam jabatan kerajaan sekarang, bersepah pembangkang. Mereka-mereka inilah yang kononnya membuat kerja tetapi tidak tahu apa yang mereka buat,melengah-lengahkan kerja yang sepatutnya di siapkan,tapi tak siap-siap. Lepas tu canang sana sini kononnya kerajaan tak buat apa-apa untuk rakyat. Rakyat marah,yang buruk,kerajaan. Mereka-mereka inilah yang sebenarnya tidak amanah tetapi menyokong parti yang kononnya amanah. Apa jenis orang namanya ni?

Ini baru satu cerita pasal bekas ahli mereka,YB ini dulu amat di sanjung oleh mereka. Kalau sepuluh orang yang keluar dari parti tu,tentu macam-macam lagi cerita yang akan kita dengar. Jadinya sama-samalah kita berdoa agar ramai lagi yang MELOMPAT,MELONCAT DAN DIPECAT!!!

No comments:

Post a Comment