Wednesday, December 3, 2014

BENARKAH KERAJAAN P.PINANG TIDAK IKHLAS SALUR PERUNTUKAN.....??????

Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid menyifatkan keputusan kerajaan negeri menyalurkan peruntukan tahunan kepada semua Adun BN itu sebagai tidak ikhlas.

Beliau berkata tawaran itu juga bukan satu bentuk pendamaian tetapi untuk kepentingan politik agar rakyat memandang rendah kepada Adun BN.

"...jika betul ikhlas dan adil hendaklah  diberi jumlah yang sama kepada semua. Ini sekadar melepas batuk di tepi tangga dan seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dilapor berkata kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan RM40,000 setahun kepada setiap Adun BN di negeri itu untuk tujuan pembangunan kecil, bermula tahun depan.

Lim juga dilapor berkata beliau mahu Adun BN menyertai mesyuarat kerajaan negeri kerana bimbang Adun pembangkang terbabit tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Mengulas lanjut, Jahara yang juga Adun Teluk Air Tawar berkata semua Adun BN mahu peruntukan itu disalur terus kepada pejabat daerah di kawasan mereka.

Ini katanya, bagi membuktikan Adun BN tidak seperti yang didakwa oleh Lim bahawa mereka mengamalkan perbelanjaan tidak bersih selain menggunakan peruntukan untuk kepentingan peribadi.

"Ini satu tuduhan tanpa bukti yang melulu dan amat serius bertujuan   menimbulkan persepsi negatif rakyat di Pulau Pinang terhadap semua Adun BN.

Tuduhan ini juga berniat jahat dan mempunyai unsur menghasut serta memutar belit fakta supaya rakyat mempercayai perkara yang sama sekali tidak benar," katanya.

Beliau berkata, selama ini segala peruntukan kerajaan persekutuan yang disalurkan kepada Adun BN diberi menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan dikeluarkan mengikut SOP sedia ada yang telus.

"Tidak ada sebarang peruntukan yang disalurkan terus kepada Adun-Adun BN secara peribadi dan kerajaan negeri baru nak buat garis panduan, kenapa perlu buat SOP untuk Adun-Adun BN?" katanya. - Bernama

Monday, December 1, 2014

PasMa dakwa PAS ganggu program mereka pulak dah, buat laporan @PDRMsia

Laporan polis dibuat Ketua PasMa Dungun Baharudin Abd Hamid yang mendakwa PAS mengganggu program mereka. – Gambar The Malaysian Insider, 1 Disember, 2014.

Harga RON97, RON95 Turun, Diesel Naik

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan kepada tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.

Menurut Hasan harga baharu ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.

"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baharu itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pada 21 Nov lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Dis.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.

"Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun)," katanya.



-BERNAMA


DAP ANTI PAS!! SEBAB SEBENAR NG SUEE LIM BERTANDING TIMBALAN SPEAKER!!


AZMIN Ali pernah berjanji pada DAP jika rancangan untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim daripada kerusi MB Selangor dan Azmin berjaya menggantikan tempat Khalid, maka DAP telah dijanjikan untuk diberikan 4 kerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor kepada DAP atas usaha mereka. Jadi, itulah sebabnya tiba-tiba DAP mencadangkan nama Adun DAP Sekinchan untuk merebut kerusi Timbalan Speaker DUN Selangor daripada Adun PAS Bangi.  Walaupun Azmin telah berjanji untuk memberikan kerusi Timbalan Speaker kepada PAS setelah mengurangkan kerusi Exco, namun kerusi tersebut menarik minat DAP oleh kerana Azmin mungkir janji. 15 Adun DAP, 15 Adun PAS dan 13 Adun PKR. Namun, Exco PKR pula yang lebih banyak daripada parti yang menang kerusi banyak. Apa pun yang pasti, jika benar DAP menghormati Tahaluf Siyasi yang dibentangkan oleh PAS dalam pakatan, pasti DAP akan memberi laluan mudah tanpa pertandingan untuk kerusi Timb Speaker. Sekarang sudah jelas yang DAP memang anti dan benci dengan PAS Selangor. 


Hina sangatkah UMNO?



Bermula dari sebelum, semasa dan selepas PAU 2014, boleh dikatakan tidak ada sedikitpun berita baik yang dilaporkan oleh media sosial anti-establishment. Semuanya buruk, seolah-olah Umno ini sangat hina, yang suci adalah ultra kiasu. Ini tidak termasuk kejian, makian dan hinaan dari melalui komen pembaca.  

Saya tidak kata Umno itu semuanya baik. Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, terutama dari sudut integriti. Tetapi liputan yang dibuat amat tidak adil. Kenapa tidak dibuat perkara yang sama kepada parti ultra kiasu? Berita sengaja diputar belitkan untuk lariskan perniagaan.  

Ketika semua parti yang ada memperjuangkan kaum masing-masing, apakah parti Melayu (Islam) perlu keluar dari kepompong itu? Siapa akan mempertahankan Melayu dan Islam jika Umno dan Pas menjadi liberal? Selama ini pun ultra kiasu tidak pernah percaya kepada Umno dan Pas.

Jika PKR yang didewakan sebagai parti untuk semua kaum, saya cadangkan mereka memberi laluan bukan Melayu untuk menjadi Presiden selepas ini. Saya yakin parti ini akan terkubur.

Seperti BN, bukan Melayu menggunakan PKR sebagai batu loncatan untuk mendapat kerusi dan jawatan exco dalam negeri-negeri yang ditawani.

Sama seperti parti komponen BN. Kemenangan mereka di Semenanjung bergantung kepada undi Melayu. Trend pengundian membuktikan bukan Melayu memberikan undi kepada DAP ultra kiasu.

Parti komponen BN tahu, mereka tidak mendapat sokongan kaumnya sendiri. Selain kalah dalam kawasan majoriti Cina, mereka juga akan ditempatkan di kawasan majoriti Melayu. Di sinilah tiket untuk menang dan mendapat kerusi kabinet.

Parti DAP, walaupun mendakwa mereka adalah parti untuk semua kaum, hakikat sebenar tidak. Itu hanya strategi untuk mengaburi dan memenangi hati orang Melayu dan secara halus meminggir dan menyingkirkannya. Malang sekali ada Melayu Islam yang tergoda dengan gula-gula ini.

Saya tidak nampak Perdana Menteri sebelum ini hingga kini, bertindak terlalu kepartian atau kemelayuan sehingga meminggirkan bangsa lain. Jika tidak sudah lama bangsa lain merempat.

Mereka tahu membezakan tanggungjawab selaku ahli politik dan negarawan. Apabila mereka telah memenangi pilihan raya dan menjadi pemimpin utama, maka ketika itu mereka adalah negarawan.

Peliknya, kenapa ultra kiasu menjadikan Umno (tidak ketinggalan Pas) sebagai sasaran? Jawapannya mudah, kedua parti ini tidak dapat lari dari Melayu dan Islam. Kedua parti tidak mahu negara ini diterajui ultra kiasu yang mahu meliberal dan mempluralkan bumi ini agar tidak beridentiti. Mereka tidak mahu agenda Islam, Melayu dan bumiputera mengakar.

Lebih serius lagi, ada yang mahukan sejarah kemerdekaan negara ini ditulis semula, dengan menekankan sumbangan kaum secara sama rata. Tanpa memberikan lebih kredit kepada bangsa Melayu.

Sedangkan sejarah membuktikan, bahawa orang Melayulah yang paling banyak berkorban bermula dari negara ini dijajah sehinggalah mencapai kemerdekaan, dengan tidak menafikan sumbangan kaum lain.

Sumbangan dan pengorbanan bukan Melayu terhadap kemerdekaan, hanya muncul setelah Malayan Union dimansuhkan pada tahun 1946, hasil penentangan orang Melayu sehingga melahirkan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948.

PTM ditentang hebat oleh bukan Melayu (termasuk Melayu) yang berhaluan kiri (komunis) dan mahukan ianya digantikan dengan Perlembagaan Rakyat. Nasib baik, British menolak perlembagaan rakyat yang dianggap terlalu radikal.

Untuk makluman, PTM 1948 adalah cerminan kepada PTM 1957 yang dipersetujui British, yang masih mengekalkan kedudukan Islam, Melayu (termasuk bahasa), Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Unsur-unsur tradisi inilah yang mengikat dalam kontrak sosial.

Sebab itu, saya amat pelik, kenapa dan mengapa sehingga ke hari ini ultra kiasu sengaja tidak mahu memahami hakikat ini. Terus terang, saya amat mengagumi Henry Sackville  Barlow, Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Berhad, yang kini dimiliki oleh PNB.

Barlow dan Sime Darby tidak dapat dipisahkan, kerana pertalian rapat ahli keluarganya. Sejarah Sime Darby bermula pada tahun 1910, ketika Tanah Melayu dijajah. Peniaga British William Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime, Darby & Co. Bermula dengan sektor perladangan getah, kemudian berkembang kepada sawit, koko dan pelbagai sektor, sehinggalah diambilalih PNB.  

Selaku orang yang tinggal lama di sini dan memahami budaya politik Melayu, Barlow sentiasa mengingatkan Sime Darby agar tidak melupakan  agenda Melayu dan bumiputera dalam setiap rancangan ekonomi. Nyata sekali Barlow amat memahami sensitiviti dan budaya politik negara ini.

Peliknya anak penjajah British sangat sensitif dengan agenda Melayu dan bumiputera, kenapa mereka yang sekian lama tinggal di sini sengaja tidak mahu memahaminya, malahan mendesak supaya ianya dihapuskan. Lebih pelik lagi, kalangan kita sendiri turut bersekongkol?

Saya amat mengharapkan PAU 2014 kali ini benar-benar memberikan keinsafan kepada Umno dalam usaha memartabatkan dan memperkasakan pembanguan negara bangsa tercinta ini .