Thursday, November 27, 2014

AKTA HASUTAN - MEMPERKASA TIANG SERI NEGARA


Akhir akhir ini terdapat usaha gigih lagi terancang oleh kaum cauvinis dan pelampau perkauman untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948. Bertopengkan perisai hak asasi kemanusiaan, mereka mendakwa kononnya Akta Hasutan kononnya mengekang dan menyekat kebebasan bersuara seperti yang dijamin dibawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan!


Apakah benar Akta Hasutan mengekang dan menyekat kebebasan bersuara seperti yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan?

Apakah perkara yang diperkatakan sebenarnya oleh yang kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini yang dikatakan menyekat kebebasan bersuara mereka?

Secara umumnya, kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini membangkitkan dan mempermainkan isu-isu berikut:

1. mempersoal, memperlekeh, dan kekadang menghina kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu; contohnya dalam isu kalimah Allah, bible versi bahasa Melayu, isu cubaan pemurtadan umat Islam oleh gereja, isu pembentukan kerajaan negeri Perak, kontroversi perlantikan MB Selangor dan lain-lain;

2. mempersoal, memperlekeh, dan kekadang menghina kedudukan dan keistimewaan Islam didalam negara ini seperti peruntukkan untuk masjid-masjid dan institusi pendidikan Islam, kedudukan Mahkamah Syariah, kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan dan kuasa Mufti-Mufti dan lain-lain;


3. mempersoal, memperlekeh, dan kekadang menghina kedudukan dan hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub didalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub didalam Perkara 152 termasuk kedudukan sekolah-sekolah vernakular; malahan sampai ke peringkat mempertikai kedudukan Kerajaan Melayu yang memerintah negeri-negeri dan peringkat Persekutuan.

Wednesday, November 26, 2014

Siapa sebenarnya yang tak siuman????


Nik Aziz ingatkan 'kalau keluar Pas, tidak siuman'

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor, Saari Sungip (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) sebagai tidak siuman sekiranya mengambil keputusan keluar daripada parti itu.
Beliau berkata, kedua-dua ADUN yang digantung keahlian selama setahun itu tidak mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian kerana mereka bertanding dan menang di kawasan masing-masing di atas tiket Pas pada pilihan raya umum lalu.
"Mahu pindah parti, itu dia punya pasal. Tetapi kalau pindah juga, ertinya dia akan berdepan dengan rakyat yang selama ini memilih dia kerana dia berkempen untuk Pas.
"Kempen untuk Pas, lepas pada itu, pergi parti lain pula. Ini orang tidak siuman kita panggil. Orang yang akil baligh mesti jaga lidah," katanya ketika ditemui pemberita semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berehat di sini hari ini.
Saari dan Hasnul yang digelar 'barua' dan 'broker' oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana membelakangi keputusan parti dalam kemelut jawatan Menteri Besar Selangor digantung keahlian selama setahun berkuat kuasa semalam.
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar berkata, beliau menyokong keputusan Jawatankuasa Pas Pusat menggantung dua ADUN berkenaan memandangkan mereka berdua melanggar peraturan parti.
"Kita dalam mana-mana persatuan, sama ada persatuan berbentuk politik, perniagaan, sekolah atau kerajaan, mesti patuh kepada peraturan. Nak langgar peraturan sesuka hati memang tidak betul. Jadi perlu dihukum.
"Nak gantung ke, atau apa sahaja hukuman, terserahlah kepada jawatankuasa, saya menyokong hukuman tersebut," katanya.


Pastikan Melayu tidak lenyap di bumi sendiri.......

Orang Melayu harus bersatu tanpa mengira ideologi politik bagi memastikan ketuanan Melayu tidak hilang di bumi sendiri kerana perkara itu akan menjadi penentu kepada usaha membangunkan syiar Islam di negara ini.
Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Leftenan Jeneral (B) Datuk Salleh Ismail berkata, menjadi persoalan bagaimana syiar Islam dapat dikembangkan jika kuasa atau suara orang Melayu Islam sendiri semakin mengecil.
"Lantaran itu, kita harus bersatu tanpa mengira perbezaan fahaman politik demi kepentingan agama, bangsa dan negara terutama dengan pelbagai bentuk ancaman yang kian menyusup masuk," kata beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Tahunan Perkasa Parlimen Pengkalan Chepa bagi 2014 hingga 2016, di sini hari ini.
Salleh berkata, orang Melayu juga harus sedar terdapat gerakan politik golongan tertentu yang tidak pernah alpa untuk mencuri kesempatan daripada perpecahan orang Melayu.
"Keramat sejarah peradaban Melayu perlu dibangkitkan dalam diri kita bagi mengangkat semangat kedaulatan bangsa demi masa depan rakyat dan negara.
"Kita tidak mahu suatu hari nanti orang Melayu akan ketinggalan di bumi sendiri dan pada ketika itu, sudah pasti kegemilangan sejarah peradaban bangsa Melayu sudah tidak bermakna lagi," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan kebimbangan tentang kitaran politik semasa yang dilihat semakin celaru ekoran kerakusan mendapatkan kuasa sehingga sanggup berpecah sesama sendiri.
"Natijahnya bangsa Melayu mudah untuk diperkotak-katik dan Islam pula sewenang-wenang dihina malah institusi raja juga tidak lagi dihormati," katanya.

Felda Menang Saman.....

Felda dan sebuah anak syarikatnya hari ini memenangi kes saman terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi berhubung penerbitan dua artikel berbaur fitnah terhadap agensi itu menerusi akhbar mingguan PKR, Suara Keadilan.
Pernyataan fitnah itu terkandung dalam artikel pertama bertajuk 'Felda Bankrap' yang diterbitkan pada 22 Jun 2010 dan artikel kedua berserta gambar bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' bertarikh 29 Jun 2010 yang diterbit dan diedarkan oleh akhbar parti pembangkang itu.
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Kamaludin Md. Said ketika memutuskan demikian bagaimanapun memerintahkan supaya jumlah ganti rugi yang akan diterima Felda dan Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH) ditaksirkan kemudian oleh Penolong Kanan Pendaftar.
Dalam saman tersebut Felda menuntut ganti rugi RM200 juta.
Pada 16 Ogos 2010, Felda dan FGVH memfailkan saman terhadap Wan Azizah, Senator Dr. Syed Husin Ali yang ketika itu Naib Presiden PKR; bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dan penulis artikel itu Rusnizam Mahat yang dinamakan sebagai pihak defendan atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam Suara Keadilan.
Bagaimanapun pada 30 September lalu, Dzulkarnain memohon maaf kepada Felda dan FGVH berhubung penerbitan dua artikel palsu itu dan diterbitkan dengan niat untuk memperkecilkan serta merosakkan reputasi mereka.
Dzulkarnain turut menyatakan tajuk utama 'Felda Bankrap' sengaja diterbitkan akhbar itu untuk mensensasikan isu berkaitan Felda.
Sementara itu, Hakim Kamaludin dalam penghakimannya hari ini menyatakan, Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Felda menyaman bekas Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Datuk Dr. Tan Kee Kwong iaitu Felda selaku badan berkanun berhak untuk memfailkan saman.
"Hak untuk menyaman dalam peruntukan itu mengikut Seksyen 15(1) Akta Pembangunan Tanah 1956 dan hanya boleh ditarik balik oleh Parlimen dan bukannya mahkamah," kata beliau ketika membacakan penghakimannya.
Beliau membuat keputusan itu selepas menolak isu awalan yang dibangkitkan oleh peguam Francis Pereira yang mewakili pihak defendan berhubung kapasiti Felda untuk memulakan tindakan saman iaitu Felda sebagai badan berkanun tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan saman tersebut.
Felda dalam pernyataan tuntutannya mendakwa penerbitan artikel-artikel itu boleh menjejaskan reputasinya dan defendan sengaja menyiarkannya untuk merosakkan kepercayaan dan keyakinan peneroka-peneroka Felda terhadap agensi itu.

Lim Guen Eng samseng Pulau Pinang?