Thursday, November 28, 2013

'Saya dah jelas pada PAC isu K-Pop' - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyelar pihak pembangkang yang terus mempolitikkan isu bayaran RM1.6 juta untuk persembahan artis K-Pop semasa sambutan Festival Belia Negara 2012. Beliau meminta pihak yang masih mempertikai dan tidak berpuas hati dengan penjelasan lengkapnya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai isu tersebut baru-baru ini agar merujuk terus perkara itu kepada jawatankuasa berkenaan. "Saya telah beri penjelasan lengkap kepada PAC dan pada masa itu ada tiga orang wakil pembangkang, jadi mereka sudah banyak tanya dan saya sudah jawab. "Saya juga telah 'membuka' diri saya untuk ditanya berapa jam dalam sesi itu, jadi kalau dia (pembangkang) masih timbulkan isu ini, itu salahkan pada mereka (wakil pembangkang) yang berada di situ. Kenapa tak tanya habis?," katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Malaysia Mengenai Komunikasi (MICC) Ke-11 di sini hari ini. Ahmad Shabery menegaskan, beliau secara sukarela telah berjumpa PAC yang dianggotai ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk memberi penjelasan dan bukannya dipanggil oleh PAC bagi memberi keterangan baru-baru ini.Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jawatankuasa itu berpuas hati dengan penjelasan Ahmad Shabery selama kira-kira dua jam berhubung perbelanjaan semasa sambutan Festival Belia Negara 2012. Menurutnya, jawatankuasa itu mendapati tiada sebarang salah laku atau pelanggaran prosedur dalam penganjuran dan perbelanjaan festival itu termasuk konsert tiga kumpulan pop Korea yang mencetuskan kontroversi sebelum ini. Ahmad Shabery sebelum ini bertanggungjawab ke atas Festival Belia Negara 2012 dalam kapasitinya semasa menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan tahun lalu. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131128/dn_13/Saya-dah-jelas-pada-PAC-isu-K-Pop#ixzz2lu6SvuY8 © Utusan Melayu (M) Bhd

PR makin terdesak....

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Kerajaan digesa bertindak tegas di bawah Akta Hasutan 1948 ke atas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi kerana tindakan biadabnya menggelar penjawat awam sebagai kucing kurap. Perkara tersebut disuarakan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, berhubung gelaran yang dirujuk kepada pegawai pangkat rendah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu. Presiden Anulae, Azih Muda berkata, cercaan yang dikeluarkan Jeff itu tidak melambangkan ciri-ciri seorang penggubal undang-undang dan pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Beliau berkata, Anulae berasa amat terhina dengan 'label' yang diberikan Jeff itu dan berpendapat jika perkara itu berlaku di negara lain, keadaan huru-hara pasti tercetus. "Baru-baru ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menggelar Pertubuhan Pendaftar (ROS) sebagai 'anjing'. Perkara ini jelas menunjukkan keangkuhan pemimpin-pemimpin DAP yang langsung tidak tahu menghargai usaha dan kerja keras yang diberikan oleh kakitangan kerajaan," katanya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Exco Anulae di sini hari ini. Menurut Azih, pihaknya telah menyiapkan memorandum untuk meminta Jeff menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada kakitangan MPPP dan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara. Katanya, memorandum itu akan turut dihantar kepada Perdana Menteri; Ketua Setiausaha Negara; Ketua Menteri Pulau Pinang; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Azih berkata, satu perhimpunan melibatkan lebih 10,000 ahli Anulae dan pertubuhan bukan kerajaan lain akan diadakan jika tiada sebarang tindakan diambil oleh DAP. Baru-baru ini, seorang kakitangan awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah menyerang Jeff di Pasar Awam Jelutong kerana tidak berpuas hati dengan perkataan 'kucing kurap' yang digunakan oleh wakil rakyat DAP itu bagi merujuk kepada golongan penjawat awam di negeri tersebut. "Melalui memorandum itu, Anulae turut menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha DAP, Lim Guan Eng, melindungi setiap kakitangan kerajaan daripada tuduhan-tuduhan seperti itu dan meminta DAP mengambil tindakan ke atas Jeff," katanya. Azih berkata, satu perhimpunan bantahan di Pulau Pinang yang bakal dihadiri lebih 10,000 ahli Anulae termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan lain akan diadakan jika tiada sebarang tindakan dibuat oleh Parti DAP berhubung isu berkenaan. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131128/dn_10/Anulae-gesa-ambil-tindakan-tegas-bawah-Akta-Hasutan#ixzz2lu2MRvPw © Utusan Melayu (M) Bhd

Makin biadap dan kurang ajar....

PULAU PINANG 27 Nov. - Empat kesatuan pekerja memberi tempoh 10 hari kepada Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi untuk meminta maaf ekoran kenyataan biadab beliau yang menggelar kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai 'kucing kurap' baru-baru ini, jika tidak mereka akan mengadakan piket secara besar-besaran. Empat kesatuan berkenaan iaitu Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae), Kesatuan Perkhidmatan Perbandaran, Kesatuan Buruh Majlis dan Kesatuan Pegawai-pegawai Kanan MPPP yang dianggotai lebih 2,000 ahli. Pengerusi Anulae Cawangan Pulau Pinang, Saleem Sulaiman berkata, kenyataan Jeff Ooi yang juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri ketika melawat Pasar Awam Jelutong di sini pada 16 November lalu amat biadab dan tidak seharusnya keluar daripada mulut seorang yang terpelajar dan berjawatan tinggi. "Apa yang dilakukan oleh Jeff Ooi seolah-olah anjing menyalak bukit dan dialah sebenarnya anjing kurap. "Sebagai wakil rakyat, dia sepatutnya lebih beradab tidak kira dengan sesiapa pun dan dia perlu buang sikap ego, rakus serta kurang ajar. Kami pun ada maruah dan dia tidak sepatutnya bersikap bongkak seperti itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Yang turut hadir ialah wakil-wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Saleem menambah, pihaknya juga memutuskan untuk memboikot semua lawatan rasmi yang disertai Jeff Ooi ke tempat-tempat awam selagi tiada sebarang permohonan maaf dibuat. "Saya yakin kalau kita adakan piket, pastinya sokongan lebih besar mampu diterima termasuk daripada kakitangan lain di bawah kerajaan negeri. "Jeff Ooi dilihat seolah-olah ingin menarik perhatian dan meraih populariti murahan dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian sehingga dia lupa bahawa kakitangan bawahan MPPP inilah yang menaikkan nama pihak berkuasa tempatan itu ke peringkat antarabangsa," ujarnya. Jelasnya, pihak kesatuan juga akan menghantar surat bantahan rasmi kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng agar tindakan diambil terhadap Jeff Ooi. Walau bagaimanapun katanya, sikap membisu Guan Eng sehingga kini seolah-olah menunjukkan tiada tindakan akan diambil terhadap 'rakan baiknya' itu. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131128/dn_09/Jeff-Ooi-ada-10-hari-mohon-maaf#ixzz2lu1FzeG7 © Utusan Melayu (M) Bhd MATAMERAH : Baru dapat kuasa sedikit tapi kurang ajar nya makin melampau-lampau.

PKR kian runtuh........

KUCHING 27 Nov. - Seramai 108 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Roban yang diketuai Pengerusinya, Gani Eli mengumumkan keluar parti hari ini untuk menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP). Gani yang memimpin cabang itu sejak 2011 berkata, keputusan tersebut dibuat kerana barisan pemimpin PKR sama ada di peringkat negeri dan pusat mengabaikan kewujudan mereka sebagai penyokong setia parti itu. "Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), PKR seperti tidak ada hala tuju, kami dibiarkan begitu sahaja dan kami juga mula sedar parti itu tidak boleh diharap untuk memperjuangkan nasib penduduk," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mewakili kumpulan tersebut menyerahkan borang keahlian kepada Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan Ikom di Ibu Pejabat SPDP di sini. Mengulas lanjut, beliau mendakwa, lebih ramai ahli PKR Cabang Roban serta di sekitar kawasan Saratok akan mengisytiharkan keluar parti dalam masa terdekat. Sementara itu, Setiausaha PKR Cabang Roban, Abang Mokhtar Abang Zulkifli yang turut mengikut jejak langkah Gani berkata, PKR boleh disifatkan sebagai parti yang tidak mempunyai masa depan. "Berdasarkan prestasi semasa, SPDP dan Barisan Nasional (BN) meraih keyakinan kami untuk membawa pembangunan yang dimahukan rakyat," katanya. William Mawan dalam pada itu mengalu-alukan keputusan kumpulan tersebut menyertai SPDP dan berharap lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian untuk memperkukuhkan parti itu di peringkat akar umbi. "SPDP berdepan pelbagai cabaran sejak beberapa tahun lalu namun perkhidmatan baik yang kita berikan berjaya mengukuhkan parti kerana terus mendapat kepercayaan rakyat berbanding parti pembangkang," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131128/po_07/PKR-Roban-lumpuh-108-ahli-keluar-parti#ixzz2lu05E7UJ © Utusan Melayu (M) Bhd MATAMERAH : Tembelang PKR makin terserlah. Ahli-ahli mula loya dengan Nuar.

Wednesday, November 27, 2013

PKR Sabah lumpuh.......

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah hampir lumpuh selepas para pemimpin utama daripada 11 cabang parti di negeri itu mengisytiharkan keluar parti sekali gus menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN). Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka membuat keputusan itu kerana sudah hilang keyakinan terhadap kepemimpinan PKR dan seterusnya memberi kepercayaan kepada BN di peringkat nasional mahu pun negeri. Katanya, sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu telah pun berbuat demikian iaitu ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad @ Malazad dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan pada 4 November lalu. Beliau turut mengumumkan akan berlaku gelombang kedua ahli PKR dari negeri tersebut keluar parti dalam masa terdekat. "Mereka merupakan pemimpin peringkat bahagian dan saya dimaklumkan oleh mereka sendiri, ramai penyokong parti itu akan turut serta keluar PKR dan menyokong BN. "Saya juga ingin memaklumkan akan berlaku gelombang kedua iaitu ramai lagi pemimpin PKR Sabah bakal berbuat demikian, bererti PKR Sabah hampir lumpuh, sebaliknya BN kuat dan utuh serta semakin mendapat kepercayaan daripada rakyat Sabah," katanya.Dua lagi yang turut sama mengisytiharkan keluar parti pada majlis itu ialah bekas Ahli Parlimen Bandau, Henry Madatang dan calon PKR Papar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Jomi Kamadan. Dalam pada itu, Najib menafikan dakwaan tindakan keluar parti itu dipengaruhi oleh BN memandangkan mereka membuat keputusan tersebut ekoran tiada lagi kepercayaan kepada PKR. "Tidak mungkin BN mempengaruhi mereka sebab mereka sudah hilang kepercayaan, itu pokoknya," katanya. Ditanya sama ada PKR akan terus lumpuh dengan perkembangan semasa itu walaupun cuba membentuk semula kedudukan parti, beliau yakin kekuatan parti itu terletak pada pemimpin berkenaan termasuk mereka yang bakal keluar parti dan menyokong BN. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131127/po_01/PKR-Sabah-hampir-lumpuh#ixzz2lnddtuxu © Utusan Melayu (M) Bhd Matamerah: Kawan harap ini akan berterusan. Tetapi kita kena ingat, ini adalah politik, harap UMNO dan BN berhati-hati.

Friday, November 15, 2013

Pas-Dap tidak sehaluan tentang Hudud

Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor berkata, DAP mempunyai pendirian berbeza mengenai pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan sekutunya Pas. Zulkifli mendakwa, berdasarkan pengalamannya dalam parti itu termasuk ketika menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), pendirian pemimpin parti dengan ahli peringkat akar umbi terutamanya orang Melayu tidak sama. "Pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dan orangnya dalam CEC ialah mereka tidak mahu hudud dilaksanakan, namun ketika saya dalam CEC, pendirian saya berbeza. "Sebagai seorang pemimpin Melayu dan Islam, ketika itu saya terima jika hudud dilaksanakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sebelum ini, isu hudud seringkali menggoncang kerjasama DAP dan Pas apabila Karpal keras menolak pelaksanaannya. Mengulas lanjut, Zulkifli yang berada dalam barisan tertinggi kepemimpinan DAP selama 12 tahun sejak 1995 berkata, ketika ini menjadi 'tanggungjawab' pemimpin Melayu dalam DAP seperti Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Naib Presiden DAP, Senator Dr. Ariffin Omar menyatakan pendirian mereka. "Zairil dan Ariffin perlu ditanya pendirian mereka sama ada sokong atau sebaliknya. "Namun, seperti kita sedia maklum sebelum ini, pasti akan wujud masalah apabila Pas bersama dengan dua lagi parti yang mempunyai agenda perjuangan berbeza, bagaimana mahu bersatu," katanya. Mengulas perkembangan terbaharu di Kelantan itu, Zulkifli percaya DAP tidak akan menerima pelaksanaan hudud dan akan menolaknya. Menurutnya, dalam hal ini sepatutnya Pas perlu berfikir sama ada mahu kekal dalam pakatan berkenaan atau membawa haluan sendiri. "Pas memperjuang dan menegakkan Islam. Kalau perjuangan itu terhakis dan tidak diperkuatkan dan hanya mengikut rentak kapitalis dan reformasi, maka dengan sendirinya perjuangan mereka tidak akan berjaya," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131115/po_04/DAP-punya-pendirian-berbeza-dengan-Pas#ixzz2kfaGmr22 © Utusan Melayu (M) Bhd