Wednesday, April 18, 2012

Cakap tak serupa bikin...

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mendesak kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya terutama di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri seperti Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pemimpin parti pembangkang yang mendesak Kerajaan Pusat menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu membuktikan perkara itu dilaksanakan terlebih dahulu oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran mereka.

Beliau berkata, sekiranya benar kerajaan negeri mempunyai wang simpanan berjumlah sehingga RM1.9 bilion seperti dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dana itu perlu digunakan untuk menampung perbelanjaan pendidikan percuma kepada rakyat Selangor.

MM: Kawan setuju sangat dengan saranan NGO di Selangor ni. Jangan hanya pandai bercakap sahaja tetapi diri sendiri takut melakukannya. Sepatutnya bukan hanya di Selangor sahaja tetapi di kesemua negeri yang di perintah pembangkang melaksanakankanya. Mampukah mereka melakukannya?