Thursday, February 23, 2012

Ibrahim vs Nuar

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya, jika Ketua Pembangkang itu terlalu kemaruk untuk berbuat demikian.

MM: Kawan setuju dengan Presiden Perkasa ini. Siapakah Nuar yang beria-ia sangat hendak berdebat dengan PM? Sebenarnya, Nuar ini cuba mengalihkan perhatian rakyat tentang onar yang beliau telah lakukan, yang terakhir tentang sokongan tidak berbelah-bagi beliau kepada Israel. Nuar nampaknya telah tersepit kerana satu ketika beliau telah mengatakan WSJ telah memutarbelit kenyataan yang telah beliau berikan. Setelah rakyat dan nik ajis sendiri meminta beliau menyaman WSJ jika benar WSJ telah memutarbelitkan kenyataannya, beliau nampaknya menggelabah kerana beliau tahu bahawa WSJ itu adalah benar. Kepada PM, usah dilayan orang yang gila meroyan ini. Teruskan misi untuk membantu rakyat, jangan jadi seperti puak pembangkang yang hanya pandai membangkang sahaja.

Wednesday, February 22, 2012

Celaka dunia akhirat – Hadi
Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

“Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. — BERNAMA

MM: Sejak bila bai'ah ini berlaku? Kalau dari dulu, macam mana dengan Hasan Ali, adakah Hasan Ali celaka dunia akhirat? Kawan nak tunggu apa komen Hasan Ali.
Tentang dakwaan Hadi negara kebajikan yang dibawa oleh BN adalah rasuah, cerdik ke tidak Presiden Pas ni. Kalau kerajaan tidak berbuat apa-apa dikatanya kerajaan rasuah, negara tiada pembangunan, rakyat hidup melarat tapi bila BN buat kebajikan lain pula ceritanya. Bangang betullah dia ni. Kawan harap Hadi duduk diam-diam kerana bila dia buka mulut, secara tidak langsung dia menunjukkan kebodohannya.

Tuesday, February 14, 2012

EU kutuk tindakan Malaysia???

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyelar tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran yang cuba mencampuri isu membabitkan seorang kolumnis akhbar Arab Saudi, Hamza Kashgari Mohamad Najeeb.
Beliau berkata, Surendran sepatutnya tidak masuk campur dalam perkara membabitkan akidah umat Islam walaupun atas dasar perjuangan hak asasi manusia.
Ini kerana katanya, alasan untuk melindungi Hamza Kashgari atas dasar hak asasi manusia adalah tindakan yang dangkal seolah-olah wujud agenda tertentu untuk merendahkan martabat Islam.
"Mana ada agama di dunia ini yang membenarkan penganut mereka menghina kemuliaan ajarannya. Saya pasti penganut agama Kristian, Buddha dan Hindu tidak rela 'orang luar' mencampuri urusan agama mereka, tetapi mengapa apabila timbul isu membabitkan Islam, banyak pihak luar mahu campur tangan.
"Dalam isu membabitkan Hamza Kashgari, kita biarkan sahaja mahkamah Arab Saudi yang menentukan hukuman sewajarnya. Bukan bermaksud dia akan terus dihukum mati seperti didakwa Surendran, mahkamah di sana juga bersikap terbuka, perlu dibicarakan dan menerima pengampunan serta hukuman lebih ringan sekiranya bertaubat.
"Surendran dan mana-mana peguam yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia di negara ini sewajarnya faham mengenainya. Kalau tidak tahu jangan cuba campur tangan. Saya khuatir tindakan ini seolah-olah mereka ada agenda cuba merendahkan martabat agama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas tindakan Surendran yang mempertikaikan tindakan kerajaan menghantar pulang Hamza Kashgari ke negara asalnya kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui Twitternya sehingga menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.
Sementara itu di BRUSSELS, AFP melaporkan Kesatuan Eropah (EU) mengutuk tindakan Malaysia mengusir wartawan itu ke negara asalnya untuk berdepan tuduhan mengeluarkan kata-kata yang menyesatkan selepas membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW.
Jurucakap EU, Maja Kocijancic berkata, Mohammad Najeeb dilaporkan tidak diberi peluang untuk mendapatkan peguam atau ditawarkan sebarang rayuan terhadap pengusiran tersebut 'berdasarkan piawaian antarabangsa.
"Kami kecewa dengan pihak berkuasa Malaysia yang bertindak mengusir Mohammad Najeeb," katanya.

MM: Biadap dan kurang ajar!!! Begitulah sikap pihak pembangkang di Malaysia. Kawan malas nak ulas panjang-panjang, cuma nak tunggu apa kata lebai-lebai dalam PAS.

Sudah terlambat

Pas hari ini mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.
"Sekiranya kenyataan WSJ tidak tepat, kita harap Anwar menyaman WSJ. Saya telah menandatangani surat di Kuala Lumpur semalam dan insya-Allah surat itu akan dihantar oleh Setiausaha Majlis Syura selepas ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan malam bersama Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan di Hotel GRV di sini malam ini.
Anwar dalam wawancara dengan WSJ baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjaga keselamatan negara Israel.
Ia telah mencetuskan bantahan umat Islam, malah ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu termasuk diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.
Menteri Besar itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai pendapat banyak pihak bahawa Anwar mengeluarkan kenyataan itu hanya untuk menarik sokongan dari negara asing.

MM: Kenyataan Nik Ajis ini sebenarnya sudah terlambat. Tembelang nuar sudah pecah. Nuar sebelum ini saban hari menghentam kerajaan kerana kononnya kerajaan bersekongkol dengan Israel terutamanya dalam isu apco tetapi kini ianya adalah sebaliknya. Kawan setuju dengan nik ajis agar nuar menyaman WSJ kerana sebelum ini nuar mengatakan bahawa kenyataan beliau dalam wawancara tersebut telah diputarbelit oleh pihak tertentu. Soalnya sekarang, beranikah nuar berbuat demikian? Satu dunia telah mendengar percakapan beliau itu.
Dan sudah terang lagi bersuluh, nampak sangat nuar cuba untuk meraih sokongan negara asing untuk beliau memerintah negara ini tetapi inipun tidak mahu diulas oleh nik ajis. Sedarlah Pas, jangan nasi menjadi bubur!!!!

Thursday, February 9, 2012

Anwar makin terdesak..

Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan menyokong segala usaha melindungi Israel merupakan sikap politik yang tidak bijaksana. Tindakan Anwar itu saling tidak ubah seperti senjata makan tuan.
Seandainya Anwar berpendapat, kenyataan yang dikeluarkan beliau itu semata-mata untuk mendapat sokongan politik daripada Amerika Syarikat, ia merupakan kesilapan politik yang sangat serius. Kalau pernyataan itu dimaksudkan untuk mendapatkan dukungan politik daripada Amerika Syarikat, ia merupakan sikap politik yang tidak bijaksana.Setiap tokoh politik Islam yang berjuang untuk mendapatkan amanah daripada rakyat harus sentiasa berdasarkan pada prinsip-prinsip dasar ajaran agama Islam.
Kenyataan Anwar itu juga bukan hanya menyakiti umat Islam bahkan tidak sesuai dengan sikap dan pandangan masyarakat Muslim di seluruh dunia.
Pemimpin seperti harus ditolak oleh sesiapa juga yang mengaku dirinya Islam.

Sunday, February 5, 2012

Negara hancur jika pakatan perintah???

- Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali berkata, negara ini akan hancur dan Islam akan musnah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu berkata, kebebasan secara mutlak untuk beragama termasuk murtad, melakukan seks songsang akan dibolehkan atas nama hak asasi manusia dan hak serta keistimewaan Melayu juga dimansuhkan.

"Apa akan jadi kalau Pakatan Rakyat memerintah? Tidak ada negara Islam, tidak ada budaya al-Quran. Surau dan masjid akan mati. Anak kita akan dididik secara liberal. Calon Perdana Menteri yang mempunyai masalah moral dan bolehkah dibayangkan kalau parasit-parasit (Pas) dipilih jadi menteri?

"Budaya seks rambang, homoseksual, lesbian dan sebagainya akan dihalalkan. Pasal sekarang sudah ada orang yang minta perkara itu disemak semula. Bila dibantah katanya akan hilang kemanusiaan. Kita akan hilang agama, tidak ada lagi (pemerintahan mengikut) al-Quran dan hadis, bertambah konsep mengiyakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 5,000 penyokongnya di dataran Bukit Naning, Air Hitam, dekat sini malam tadi.

Hasan berkata, buat pertama kalinya juga Malaysia akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dan tanda ke arah itu sudah kelihatan apabila seorang pemimpin pembangkang secara terang-terangan mahu mempertahankan keselamatan negara Yahudi itu.

Menurutnya, Pas yang kini sudah 72 peratus dipimpin parasit-parasit yang berfahaman sekular, tidak mampu untuk menghalang semua perkara itu daripada berlaku kerana mahu menjaga kepentingan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, Pas hanya mengikut apa sahaja kemahuan dua parti tersebut walaupun terpaksa menggadaikan Islam termasuk bersekongkol dalam hal akidah dan semua yang melibatkan kepentingan umat Islam.

Pas katanya, kini dikuasai dua elemen perosak iaitu parasit akidah yang menghalang segala usaha membanteras gejala murtad serta berkaitan akidah dan juga parasit politik yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat mengambil alih kerajaan Pusat.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin meminta umat Islam menolak fahaman pluralisme termasuk yang diamalkan seorang pemimpin pembangkang kerana ia mengeliru penganut agama itu.

Menurutnya, fahaman tersebut adalah strategi licik pihak Yahudi untuk memastikan umat agama itu berpecah-belah dan lemah sekali gus membolehkan mereka memperkotak-katikkan orang Islam.

MM: Mengapa setelah sekian lama ditipu baru kini sedarnya padahal kawan rasa Hasan ni orang yang terpelajar. Pembongkaran oleh Hasan sekarang menunjukkan bahawa sebenarnya Pas adalah sebuah parti yang bermasalah. Anwar telah berjaya menghuru-harakan Pas. Tapi, apakah pihak-pihak yang taksub dengan PR akan memikirkan apa yang dibongkar oleh Hasan?

Wednesday, February 1, 2012

'Sokongan semakin kuat', betul ke?

– Walaupun terdapat tekanan daripada sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berhubung kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, namun ia tidak menggugat kedudukan Menteri Besar Kedah itu.

Sebaliknya, Azizan yang kini berhadapan dengan isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menegaskan, kedudukan beliau semakin kukuh dengan sokongan daripada ahli-ahli Pas di peringkat pusat dan negeri.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah tersebut yang baru-baru ini menjalani rawatan kerana masalah jantung berkata, isu berkenaan tidak akan menggugat kepimpinan beliau.

‘‘Saya bersedia memberi penjelasan terperinci mengenai isu itu pada mesyuarat politik bulanan Pas jika diminta berbuat demikian.

“Siapa yang betul, saya atau depa (mereka), sekarang depa merasa malu sebab dah tersilap,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semalam bahawa Pas Pusat akan memanggil Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah untuk memberi penjelasan berhubung tindakan KUIN menggantung lima pelajarnya mengikut AUKU 1971, April lalu.

Mat Sabu berkata, Pas Pusat perlu mendengar penjelasan tersebut sebelum mengambil sebarang keputusan kerana apa yang dilaporkan oleh media berbeza dengan apa yang berlaku.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari meminta supaya pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan kerana tindakan terhadap pelajar itu bercanggah dengan kandungan Buku Jingga.

Isu KUIN dikatakan menjadi ‘senjata baru’ kepada kelompok tertentu yang cuba menjatuhkan Azizan daripada kerusi Menteri Besar Kedah.

Sebelum ini, Azizan juga dikatakan tidak disenangi oleh PKR dan DAP kerana dilihat melakukan beberapa tindakan yang dianggap akan merugikan pakatan pembangkang.

Ketika mengulas isu penggantungan mahasiswa berkenaan, Azizan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin pakatan pembangkang apabila menyatakan Buku Jingga yang mengandungi manifesto pakatan tersebut bukanlah al-Quran yang perlu dipatuhi sepanjang masa.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, beliau tidak ada masalah untuk memberi penjelasan kepada kepimpinan parti berhubung isu KUIN itu.

Beliau menjelaskan, tindakan tatatertib terhadap pelajar KUIN itu tidak diambil mengikut AUKU 1971 tetapi berdasarkan Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996.

Menurut Azizan, apa yang dinyatakan oleh Buku Jingga berhubung AUKU ialah memberi kebebasan kepada pelajar untuk berpolitik dan berpersatuan tetapi pelajar berkenaan digantung pengajian kerana mengganggu pentadbiran KUIN dan menjejaskan imej pusat pengajian itu.

Oleh itu, beliau meminta pihak luar yang tidak memahami isu sebenar tidak mencampuri isu dalaman KUIN bagi mengelakkan kekeliruan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, reputasi Azizan tidak terjejas walaupun terdapat usaha dari dalam atau luar Pas yang cuba menjadikan isu KUIN itu untuk melemahkan kewibawaan menteri besar itu.

“Sokongan terhadap Datuk Seri Azizan dari hari ke hari bertambah kuat kerana kejayaan beliau dari pelbagai sudut termasuk pembangunan KUIN sendiri menyebabkan ada pihak yang cemburu, tetapi ini perkara biasa dalam politik,” katanya.


MM: Apa dah jadi? Nampaknya makin ramai bukan sahaja peringkat bawahan malahan pemimpin Pas sendiri tidak bersetuju dengan 'Buku Jingga'. Tapi kawan hairan, mengapa dahulu beria-ia sangat pihak pembangkang termasuklah Azizan sendiri menyokong 100% 'Buku Jingga' yang mengarut itu. Apakah Azizan akan menerima nasib sama seperti Hasan Ali? Tapi kawan rasa Azizan akan tunduk kepada pimpinan PR. Sebabnya, tak kan beliau sanggup meninggalkan kerusi empuk Menteri Besar walaupun keputusan beliau nanti akan menghakis pendirian dalam dirinya seperti Hasan Ali. Kepada Azizan, berdirilah atas kebenaran, jangan terlalu mengikut nafsu politik.