Tuesday, December 28, 2010

TENGOK...SIAPA KATA UMNO TAK NAK BERUBAH.....

Perubahan kembalikan sokongan kepada BN
KUALA LUMPUR 27 Dis. - Kepimpinan baru UMNO Pulau Pinang digesa supaya menyelesaikan segera masalah dalaman di beberapa bahagian tertentu demi mengembalikan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi memastikan perkara itu berlaku, kepimpinan baru parti di negeri berkenaan perlu merapatkan hubungan sesama Ahli Jawatankuasa (AJK) Perhubungannya.

"Teruskan agenda yang telah dirancangkan semasa saya menjadi Pengerusi Badan Perhubungan (UMNO) Pulau Pinang," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas tentang pelantikan Datuk Zainal Abidin Osman sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang baru berkuat kuasa hari ini, bagi menggantikannya di jawatan itu.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut mengumumkan pelantikan Datuk Musa Sheikh Fadzir sebagai timbalan Zainal serta perubahan dalam dua lagi barisan kepimpinan UMNO negeri iaitu Terengganu dan Kedah.

Ahmad Zahid menambah, perubahan dalam kepimpinan UMNO negeri itu menunjukkan keyakinan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kedua-dua pemimpin tempatan tersebut.

Justeru katanya, barisan pimpinan baru UMNO Pulau Pinang perlu berusaha keras untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada BN memandangkan ramai daripada mereka yang telah 'merajuk' dengan parti termasuk dari kalangan orang Melayu sendiri.

Selepas pilihan raya umum lalu, UMNO membuat keputusan untuk meletakkan tiga Naib Presidennya mengetuai jentera parti iaitu masing-masing di Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu sementara Najib menerajui Selangor manakala Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengetuai jentera di Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, pengumuman hari ini menyaksikan Najib dan Muhyiddin kekal di portfolio negeri berkenaan.

Wednesday, December 1, 2010

Bila hati sudah hitam.

PKR kian kalut. Demi ingin mengembalikan keyakinan penyokong-penyokongnya,sekali lagi Ketuanan Melayu jadi mangsa. Demi ingin menjadi PM dan mengharapkan sokongan dari bukan Melayu, ORANG INI mencaci,menghina orang-orang Melayu dan Raja Raja Melayu, dan ORANG INI juga orang Melayu. Jangan lah kerana politik, semuanya di ketepikan. Layak kah Lim Kit Siang menjadi TPM? Presiden PAS di ketepikan begitu saja. Nampak gayanya, meleleh lah air liur orang Islam PAS untuk menegakkan negara Islam sebab awal-awal lagi DAP dah masuk jarum. ORANG INI dengan mudah mengenepikan orang Melayu dalam percaturan politiknya. Layak kah ORANG INI duduk di Tanah Melayu?