Thursday, January 7, 2010

LONG NAN KUN NI WEH

MAKIN MENINGKAT KES ROGOL DI KELANTAN


Aku tengah merayau-rayau menjelajah mencari bahan kerja aku, aku terbaca berita dari bernama, bahawa jenayah rogal makin meningkat di Kelantan.baru semalam aku bertekak dengan sorang mamat Kelantan, dia mengatakan Kelantan tadbiran Islam paling baik di Malaysia. Masjid-masjid di Kelantan semuanya penuh bila tiba waktu.Boleh dikatakan semuanya sempurnalah Islam di Kelantan ni. Dia kata la, bukan aku kata. Aku pun bidas dia balik mengenai orang-orang muda Kelantan yang berhijrah ke sini dan memenuhi ruang di disko dan pub tak kurang juga di dalam lokap.Dalam segi ekonomi pun Kelantan memang yang termundur sekali, sebab tu ramai anak mudanya berhijrah pegi tempat lain. Dekat Penang, bersepah minah-minah kilang dan mat-mat kilang semuanya budak Kelantan.Bab sembahyang memang bagus, tak tinggal. Tapi bab hu ha (bab jahat) lagi bagus, tak payah ajak, serbu selalu. Tambahan bab tina (perempuan) lagi la diorang terer.Macam mana la nak kata orang Kelantan ni bagus. Memangla tak semua macam tu, tapi kebanyakkannya memang macam tu. Tak percaya cuba baca berita kat bawah ni.Kes Rogol Meningkat Di Kelantan!Kes jenayah rogol di Kelantan khususnya membabitkan golongan kanak-kanak bawah umur semakin membimbangkan apabila negeri itu mencatatkan peningkatan 25 peratus atau 313 kes tahun lepas.Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata 60 peratus daripada jumlah kes rogol dilaporkan sepanjang tahun lepas di negeri itu membabitkan mangsa berumur bawah 16 tahun."Sebanyak 23 kes rogol membabitkan mangsa bawah 12 tahun, 165 kes (umur 13 hingga 16 tahun) dan125 kes melibatkan mangsa 16 tahun ke atas," katanya kepada pemberita pada perjumpaan khas dengan wartawan Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Kota Bharu semalam.Katanya, jajahan Kota Bharu mencatatkan jumlah kes rogol paling tinggi, diikuti jajahan Pasir Mas dan Pasir Puteh.Melalui hasil kajian, Abdul Rahim berkata polis mendapati kejadian kes rogol berlaku disebabkan pergaulan bebas dan faktor suka sama suka. - BernamaDisitu kita dah nampak betapa Kelantan dah makin teruk. Kita harap pentadbir Pas Kelantan beri perhatian khusus kepada masalah ini. Asyik dok politik, sampai negeri huru hara. Jangan kejadian bawa lari anak dara orang berulang lagi sudah le ye. Buat malu kaum la.N.ajis jangan la dok sebuk sangat dengan menantu tu. Tengok sama pentadbiran negeri. Jangan harap orang je. Kalau dah taknak merintah lagi, letak je jawatan, bagi orang lain pegang kan senang.mATA MERAH: Negeri Serambi Mekah ke, Serabut bersepah? Doakan bukan-bukan, sendiri yang kena tekan. hehe. .